Recep Tayyip Erdoğan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Recep Tayyip Erdoğan
Erdoğan pada 2022
Presiden Turki ke-12
Memegang jawatan
28 Ogos 2014
Perdana MenteriAhmet Davutoğlu (2014-2016)
Binali Yıldırım (2016-2018)
Didahului olehAbdullah Gül
Perdana Menteri Turki ke-25
Dalam jawatan
14 Mac 2003 – 28 Ogos 2014
PresidenAhmet Necdet Sezer
Abdullah Gül
Didahului olehAbdullah Gül
Digantikan olehAhmet Davutoğlu
Datuk Bandar Istanbul ke-28
Dalam jawatan
27 Mac 1994 – 6 November 1998
Didahului olehNurettin Sözen
Digantikan olehAli Müfit Gürtuna
Butiran peribadi
Lahir (1954-02-26) 26 Februari 1954 (umur 70)
Turki Istanbul, Turki
Parti politikParti Keadilan dan Pembangunan
PasanganEmine Gülbaran (1978–kini)
Tandatangan
Laman web rasmiLaman rasmi Presiden Turki
Laman Peribadi
Obama bersama Erdoğan di Sidang Kemuncak G-20 di Seoul, 2010

Recep Tayyip Erdoğan (disebut sebagai [ɾeˈd͡ʒep tɑjˈjip ˈæɾdo(ɰ)ɑn], atau [ré-jép tay-yip ér-do-an]; lahir 26 Februari 1954) adalah ahli politik Turki dan Presiden Turki ke-12 sejak 2014. Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011. Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.

Menyertai politik[sunting | sunting sumber]

Awalan 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Aktif politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan.

Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Erbakan yang cenderung kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.

1980 berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan / dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara (Millî Selamet Partisi). Erbakan telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.

Erdogan telah meninggalkan IETT dan bekerja di sektor swasta. Beliau kemudian menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan bagi semua warga Turki.

Pada 1985 dalam pilihan raya tempatan, Erdogan terpilih sebagai wakil parlimen dari wilayah Istanbul dan menjadi calon untuk jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu. Tetapi gagal memenangi pilihan raya daerah.

Erdogan menjadi calon buat beberapa kali bagi wilayah Istanbul lewat 1980-an. Erdogan tidak mendapat cukup undi pada pilihan raya 1991.

Erdogan terpilih sebagai ahli Parlimen dari wilayah Istanbul tetapi dibatalkan kerana sistem undi yang baru.

Datuk Bandar Istanbul 1994[sunting | sunting sumber]

Istanbul merupakan bandar pelancongan yang menarik jutaan pelancong dari negara-negara Islam dan Eropah sendiri.

Pada 27 Mac 2004, ketika pilihan raya tempatan diadakan, Erdogan ditunjuk oleh Erbakan sebagai Datuk Bandar Istanbul atas tiket partinya. Parti Kebajikan menjadi sebuah parti yang kuat dan buat pertama kali Erdogan menjadi Datuk Bandar kepada Greater Istanbul atau Presiden Majlis Metropolitan Istanbul.

Sebagai Datuk Bandar, Erdogan menonjolkan ciri-ciri popular dan pentadbiran yang berkesan dan paling layak untuk jawatan Perdana Menteri suatu ketika nanti. Semua warga Turki mahu Turki dirombak oleh Erdogan. Banyak dasar-dasar yang silap diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini terutamanya campurtangan tentera.

Bagi Erdogan, bersalam dengan wanita diperlukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim. Tetapi selepas itu beliau akan memohon keampunan kepada Tuhan.

Dipenjara 1998[sunting | sunting sumber]

Erdogan dilihat pro Islam pada 1998. Erdogan menjadi salah seorang dari 200 datuk bandar yang wujud di Turki. Beliau menjadi idola dan hero kepada jutaan pengundi yang pro Islam.

1997 Parti Kebajikan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki. 1998 Erdogan bersama lain-lain pemimpin Parti Kebajikan melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi. Perlembagaan Turki telah memansuhkan sistem semi-teokrasi sejak Empayar Uthmaniyah. Puak fundamentalis Islam mestilah disekat. Tetapi Erdogan mendakwa dirinya seorang konsevatif agama.

Erdogan dituduh menanamkan kebencian dalam beragama pada 1998 berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Erdogan telah dipenjarakan selama 10 bulan.

Penubuhan AKP 2001[sunting | sunting sumber]

Setelah Parti Kebajikan dibubarkan, parti lain ditubuhkan iaitu Parti Kebaikan (Fazilet Partisi) pada 1999.

Erdogan menjadi pemimpin kepada puak konservatif moderat ini atau reformis ini. Kemudian Parti Pembangunan dan Keadilan ditubuhkan pada 14 Ogos 2001.

Meninggalkan Forum Ekonomi Dunia di Davos[sunting | sunting sumber]

Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di Davos, Switzerland. Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel, Shimon Peres. Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post. Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.

Ucapan Perez mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Prerez ialah “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”

Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu. [1]

Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960. [2][3]

Pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Turki pada 3 November 2002 merupakan kali pertama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) diterajui Erdogan. AKP menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan ekonomi tradisional, gempa bumi 1999 dan isu-isu besar lain.

AKP ternyata menguasai 34.3 % undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai 'kesalahan' sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913. Sebaliknya Abdullah Gül menjadi PM sehingga Erdogan layak bertanding pilihan raya kecil pada 2003 dan menjadi ahli parlimen. Abdullah Gul kemudian memberi 'lorong' kepada Erdogan, dan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer.

Pada pilihan raya umum Turki 2007, Erdogan dan AKP mengekalkan kuasa dengan memenangi 46.7% undi popular, cuma kali kedua parti memerintah menang dengan undi lebih besar. Pada pilihan raya Jun 2011 pula, mereka mendapat 49.8% undi.[4]

Presiden[sunting | sunting sumber]

Erdoğan mengangkat sumpah jawatan presiden pada 28 Ogos 2014 dan menjadi Presiden Turki ke-12. Beliau melantik Perdana Menteri baharu, Ahmet Davutoğlu pada 29 Ogos 2014. Apabila ditanya mengenai saham 51.79% lebih rendah daripada jangkaan beliau undi, dia didakwa memberi maklum balas, "ada juga orang-orang yang tidak menyukai Nabi itu. Saya, bagaimanapun, memenangi 52%.

Rujukan[sunting | sunting sumber]