Recuerdos de la Alhambra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alhambra

Recuerdos de la Alhambra ("Kenangan Alhambra") ialah sebuah gubahan gitar klasik yang dikaryakan Francisco Tarrega, [1] seorang penggubah dan pemain gitar Sepanyol pada tahun 1896. Karya ini digubah di Granada, Sepanyol.

Tarrega seorang pemain gitar virtuoso dan dikenali sebagai "Sarasate" gitar. Repertoir Tarrega termasuk banyak gubahan gitar asli seperti Capricho Arabe, Danza Mora, dan lain-lain. Tarrega juga membuat gubahan bagi alat lain yang ditulis penggubah seperti Ludwig van Beethoven, Frederic Chopin dan Felix Mendelssohn. Seperti rakannya Isaac Albeniz dan ramai rakan semasanya, Tarrega berminat menggabung arah aliran atau trend Romantis dalam muzik klasik dengan unsur-unsur muzik tradisional Sepanyol. Ini beliau lakukan dengan Recuerdos de la Alhambra dan transkripsi gitarnya bagi beberapa gubahan piano Albeniz, seperti Asturias (Leyenda) yang tersohor.[2]

Recuerdos de la Alhambra mengandungi banyak contoh permainan tremolo. Ia berkongsi tajuk dengan terjemahan buku penulisan Washington Irving pada tahun 1832, Kisah Alhambra, yang dihasilkan semasa Irving tinggal di Sepanyol.

Nota persembahan[sunting | sunting sumber]

Gubahan ini menampilkan teknik tremolo yang sukar dipermainkan dengan gitar: satu not melodi dipetik berulang kali dengan jari manis, jari tengah dan jari telunjuk sehingga menimbulkan persaan bahawa melodi yang dimaninkan itu satu not panjang. Ibu jari pula memainkan melodi balas (counter-melody) pada bes antar serangan melodi. Ramai pendengar gubahan ini menyangka ia sebuah duet dan bukan satu permainan terampil gitar solo.

Bahagian A gubahan ditulis dalam kei minor, dan bahagian B lagu ditulis dengan kei major akar yang sama, yakni A-minor dan A-major. Ini memberi lagu satu perasaan murung pada permulaan, dan kemudiannya menjadi ceria pada kehabisannya. Teknik muzik ini digunakan dalam banyak lagu gitar Sepanyol, seperti Spanish Romance (juga dikenali sebagai Romance atau Spanish Folk Song atau "Lagu Tradisional Sepanyol") .[3]

`Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Library of Guitar Classics, AMSCO Publications, 1998
  2. ^ "Tárrega, his life and music, by Jesuo de las Heras". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-04-21. Dicapai pada 2012-12-17.
  3. ^ Library of Guitar Classics, AMSCO Publications, 1998

Putan luar[sunting | sunting sumber]