Red Cliff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Red Cliff
Red Cliff.jpg
Dari depan: Tony Leung, Chang Chen, Hou Yong
Pengarah John Woo
Penerbit Terence Chang
Han Sanping
Lion Rock Entertainment
China Film Group
Pengarang John Woo
Chen Han
Sheng Heyu
Berdasarkan Chronicles of the Three Kingdoms (Hikayat Tiga Negara)
Lakonan Tony Leung Chiu-Wai
Takeshi Kaneshiro
Zhang Fengyi
Chang Chen
Zhao Wei
Hu Jun
Nakamura Shidō
Lin Chi-ling
Muzik Taro Iwashiro
Sinematografi Lü Yue
Zhang Li
Pengedar Hong Kong Mei Ah Entertainment
Singapura MediaCorp Raintree Pictures
Jepun Avex Entertainment
Korea Selatan Showbox
Summit Entertainment
(International sales)
Mula ditayang Bahagian 1: 10 Julai 2008 China, Hong Kong, Taiwan, Korea[1]
Bahagian 2: Januari 2009 Asia
Negara Flag of the People's Republic of China.svg China
Bahasa Bahasa Cina Mandarin
Perbelanjaan US$80 juta[2]
Rujukan All Movie Guide
Rujukan IMDb

Red Cliff (Bahasa Cina: 赤壁; pinyin: Chìbì) (Tebing Merah), juga dikenali sebagai[perlu rujukan] The Battle of Red Cliff (Perang Tebing Merah), ialah sebuah filem epik China berdasarkan Perang Tebing Merah dan peristiwa yang berlaku semasa zaman Three Kingdoms (Tiga Negara) di negara Cina purbakala. Filem ini dijangka akan ditayangkan dalam dua versi: di rantau Asia, Red Cliff akan ditayangkan dalam dua bahagian yang memakan masa 4 jam, dengan bahagian pertama ditayangkan pada Julai 2008 dan yang keduanya pada Januari 2009. Di luar Asia, filem tersebut akan ditayangkan dalam versi 2½ jam pada Januari 2009.

Filem ini diarah oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi Tony Leung Chiu-Wai, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling danZhao Wei. Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta, The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini. [3]

Filem ini ialah salah satu daripada dua filem berkaitan Tiga Negara untuk tahun 2008. Filem yang satu lagi ialah Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon arahan Daniel Lee yang sudahpun ditayangkan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pengarah John Woo dalam satu wawancara oleh CCTV-6 menyatakan bahawa filem tersebut akan secara utamanya menggunakan catatan-catatan sejarah Chronicle of the Three Kingdoms sebagai asas kepada latar cerita Battle of Red Cliffs, berbanding dengan novel sejarah Romance of the Three Kingdoms. Demikian, watak-watak yang secara tradisinya digambarkan sebagai watak antagonis seperti Cao Cao dan Zhou Yu akan digambarkan dengan lebih tepat berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar dalam filem tersebut.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon asal yang diganti[sunting | sunting sumber]

  • Tony Leung Chiu-Wai pada asalnya dipilih untuk melakonkan watak Zhuge Liang. Namun, dengan alasan masalah kesihatan dan juga keletihan daripada berlakon dalam filem Lust, Caution, beliau menarik diri daripada filem berkenaan.[5] Penerbit Terence Chang berkata peruntukan kewangan untuk filem tersebut tidak dipengaruhi oleh perubahan berkenaan.[2]
  • Ken Watanabe pada asalnya dipilih untuk watak Cao Cao.[6] Namun, berdasarkan laporan, beberapa peminat China membantah pilihan tersebut atas alasan bahawa pelakon Jepun kurang sesuai untuk melakonkan watak sejarah negara China. Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa bantahan-bantahan tersebut telah mempengaruhi keputusan pengarah John Woo yang pada akhirnya, memilih Zhang Fengyi untuk watak tersebut.[7]
  • Chow Yun-Fat pada asalnya dipilih untuk watak Zhou Yu dan juga pernah dipertimbangkan untuk watak Liu Bei. Bagaimanapun, beliau menarik diri pada 13 April, 2007, apabila pelakonan filem tersebut baru hendak bermula. Chow menerangkan bahawa beliau menerima skrip yang dikaji semula seminggu lebih awal dan tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia, tetapi penerbit Terence Chang menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerjasama dengan Chow agak rumit kerana penginsurans filem tersebut dari Hollywood membantah 73 klausa dalam kontrak Chow.[8] Chow kemudian diganti oleh Tony Leung Chiu-Wai yang sebelum ini menolak watak Zhuge Liang.[9][10] Bagaimanapun, terdapat juga khabar angin bahawa Chow mungkin muncul sebagai pelakon sampingan dalam filem tersebut.

Rujukan Tambahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]