Redang Punggor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Redang Punggor terletak di mukim Chenderong Balai , daerah Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.

Redang bermaksud paya, satu kawasan air bertakung yang sangat luas. Paya ini wujud kerana tanah rendah dan selalu dilimpahi banjir terutama pada musim tengkujuh. Punggor bermaksud 'pokok kayu yang telah mati di bahagian atas. Bahagian pokok yang mati di bahagian atas biasanya dengan mudah akan jatuh ke bumi. Di kawasan paya, selalu kelihatan pokok-pokok besar yang mati kerana tidak tahan dengan keasidan sesebuah paya atau sesebuah redang.

Air kawasan redang biasanya berwarna coklat atau seperti air teh. Oleh itu, bagi orang Hilir Perak, 'air redang' merujuk kepada air teh.

Di sini terdapat perkampung orang asli Semai.

Kajian[sunting | sunting sumber]

  • Lee Siew Hwa (1994), Hubungan Gender Masyarakat Orang Asli Semai Di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Perak. B.A. Graduation Exercise. Department of Anthropologyy and Sociology, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Burhanuddin bin Jalal (1987), Bahagian A: Sosio-ekonomi Masyarakat Semai Redang Punggur, Hilir Perak. Bahagian B: Agama da Sistem Kepercayaan Masyarakat Semai dan Persepsi Mereka Terhadap Agama Baru. Laporan Kerja-lapang, Jabatan Antropologi & Sosiologi, UKMBangi
  • Burhanuddin Jalal (1987). Keberkesanan dan Permasalahan Dalam Proses Pengislaman Orang Asli di Negeri Perak. Latihan Ilmiah Sarjana muda Pengajian Islam. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia