Rejimen Artileri DiRaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rejimen Artileri Diraja)
Rejimen Artileri DiRaja
Rejimen Artileri DiRaja Malaysia
NegaraMalaysia
CawanganTentera Darat Malaysia

Rejimen Artileri DiRaja adalah satu cabang dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II.

Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M. Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.

Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.

Rejimen Artileri DiRaja (Royal Artillery Regiment) merupakan kor artileri bagi Tentera Malaysia dan memberikan sokongan artileri dan pertahanan udara tempatan bagi unit tentera. Regimen ini dilengkapi dengan 36 sistem pelancar roket berganda buatan Brazil, Astros II dan 28 G5 MkIII meriam tunda artileri dari Afrika Selatan. Pertahanan udara dibekalkan melalui campuran meriam artileri anti-pesawat Swiss Oerlikon berkembar 35 mm dan Bofors 40 mm dan sistem peluru berpandu seperti Jernas dan Starburst dari UK; Anza dari Pakistan;FN-6 dari China dan Igla dari Russia.

Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]