Rejimen Askar Wataniah
| Rejimen Askar Wataniah | |
|---|---|
|
Logo Rejimen Askar Wataniah |
|
| Aktif | 1 Jun 1958 (ditubuhkan) |
| Negara | |
| Kesetiaan | Tentera Darat Malaysia |
| Jenis | Pasukan simpanan sukarela |
| Peranan | Sebagai pasukan pelapis kepada Tentera Darat Malaysia. |
| Pusat latihan | PUSWATAN, Ipoh, Perak |
| Cogan kata | "Berkhidmat Untuk Negara" |
Rejimen Askar Wataniah (Singkatan: AW; Inggeris = Territorial Army Regiment; Cina =国土防卫後備军团; pinyin=guótǔ fángwèi hòubèi jūntuán)merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Unit sukarela di Tanah Melayu [sunting]
Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR).[1]. Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.
Perang Dunia II [sunting]
Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.
Pada 1958, Pasukan Kawalan Kampung ini telah dibubarkan setelah keadaan keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan. Oleh itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.
Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah [sunting]
Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;
- Tempur
- Bantuan tempur
- Bantuan perkhidmatan
- Pakar
- PALAPES
- Pengurusan sempadan
Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik. PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.
Lihat juga [sunting]
- Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN)
- Yeop Mahidin Bin Mohamed Shafiff - Pengasas Askar Wataniah
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi Angkatan Tentera Darat Malaysia
- Sejarah Askar Wataniah
- Biografi Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff, Pengasas Askar Wataniah
- Ringkasan Rejimen Siri 500
- Batalion Infantri 303 Askar Wataniah oleh Dr Chen Wei Seng
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaya
- Laman web rasmi Tentera Darat Malaysia
- Portal PALAPES - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
- Laman web Kompeni Perubatan Medan 12 (Askar Wataniah)
- Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Sejarah sosio-ekonomi, oleh Paul H Kratoska m/s 294
- Laman web Rejimen Askar Wataniah Website Universiti Multimedia Malaysia
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||