Rejimen Loyal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rejimen Loyal (North Lancashire)
Lencana Loyal Regiment (North Lancashire)
Aktif1 July 1881 – 1 September 1970
Negara United Kingdom
CawanganTentera Darat British
JenisInfantri
PangkalanPreston
Nama samaranCauliflowers, Lancashire Lads, dan Wolfe's Own
MotoLoyauté M'Oblige
(Ketaatan Mengikatku / Loyalty Binds Me)
WarnaMerah dan Putih
Peringatan15 Februari (Kimberley)
4 Julai (Maida)
31 Disember (Tarifa)

Rejimen Loyal (North Lancashire) bahasa Inggeris: The Loyal Regiment (North Lancashire) (sebelum 1921 dikenali sebagai 'The Loyal North Lancashire Regiment') ialah rejimen infantri Tentera Darat British dari tahun 1881 sehingga 1970. Hari ini, warisan rejimen diteruskan oleh Rejimen Duke of Lancaster.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Rejimen ditubuhkan dengan penggabungan 47th (Lancashire) Regiment of Foot, 81st (Loyal Lincoln Volunteers) Regiment of Foot, 3rd Duke of Lancaster's Own Royal Lancashire Militia dan 11th and 14th Lancashire Rifle Volunteer Corps. Pada tahun 1873, rejimen-rejimen tersebut diberi nama Loyal North Lancashire Regiment.[1]

Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Batalion Pertama (1 Loyals) Rejimen Loyal menjadi sebahagian daripada unit Briged Infantri Kedua British, yang bernaung di bawah Divisyen Infantri Pertama British. Batalion 1 Loyals berkhidmat di bawah 2 Briged sepanjang tempoh peperangan termasuk pertempuran di Perancis, dan kempen-kempen di Tunisia, dan Itali.

Pada tahun 1939, batalion kedua rejimen ini, 2 Loyals, berada di Singapura sebagai sebahagian daripada Briged Infantri Pertama Malaya Singapore Fortress bersama-sama Rejimen Askar Melayu. Batalion ini bertempur sepanjang panaklukan Jepun terhadap Tanah Melayu dan Pertempuran Singapura sehinggalah 15 Februari 1942 apabila Singapura menyerah kalah.

Batalion Pertama Rejimen Loyal (1 Loyals) berkhidmat semasa Darurat di Tanah Melayu dari tahun 1957 sehingga 1959.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Qlrmuseum.co.uk
  2. ^ "Infantry Units". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-19. Dicapai pada 2012-08-21. British and Commonwealth Units that served in the Malayan Emergency retrieved on 2009-07-31

Rujukan[sunting | sunting sumber]