Remington M1100

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Remington M1100
Remington 1100 Tactical 8 Rounds.jpg
Remington M1100 Taktikal
Jenis Senapang Patah
Asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Amerika Syarikat, Indonesia, Israel, Malaysia, semua organisasi ketenteraan dan penguatkuasa undang-undang
Sejarah pengeluaran
Pereka Wayne Leek
Tarikh cipta 1963 - Kini
Pengeluar Remington Arms
Variasi Sila lihat versi
Spesifikasi
Berat 3 kg (6.61 lbs) - 3.5 kg (7.73 lbs)
Panjang laras 254 mm (10 inci) - 762 mm (30 inci)

Jenis peluru 12 gauge (1963)
16 gauge (1964)
20 gauge (1969)
.410 bore (1969)
Matched Pair pada peluru .410 bore dan 28-gauge (1970)
12 gauge (1963)
16 gauge (1964)
20 gauge (1969)
.410 bore (1969)
Matched Pair pada peluru .410 bore dan 28-gauge (1970)
Tindakan Separa Automatik
Jarak berkesan 40 m
Sistem suapan 8+1 butir peluru, dalam tiub peluru
Pejera Pejera tetap (hadapan) dan pejera lurah (belakang)


Remington Model 1100 pula merupakan senjata yang merupakan kesinambungan dari senjata Remington M870 yang menggunakan sistem separa automatik terkini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Remington M1100 Autoloading (separa-automatik) diperkenalkan pada tahun 1963. Direkacipta oleh Wayne Leek[1], yang juga bekerja dengan John Browning. Model 1100 ini menggunakan sistem gas[2], menggunakan mekanisma anjalan[3]. Model 1100 masih digunakan pada tahun 2006, dan mempunyai penjualan yang paling laris didalam sejarah Amerika[4] Ia menggantikan beberapa versi yang ada dari keluaran Remington, seperti model 11-48 dan Sportsman 58, dan selepas itu model 1100 telah dikeluarkan dan dipasarkan ke seluruh dunia. Model 1100 ini masih di dalam senarai katalog Remington dengan lebih kurang sepuluh modifikasi, dan ia lebih popular digunakan dalam berburu, sukan, pertahanan diri dan kegunaan untuk pasukan polis. Turut ditawarkan dengan versi serbaguna yang tinggi dan kuasa tembakan yang lebih kuat. Sistem gas pada pengisian auto mempertingkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kuasa tendangan belakang, yang dipertingkatkan untuk senjata taktikal jarak dekat. Rekabentuk yang paling dipercayai, dan lebih fleksibel, tidak hairanlah ia boleh dikembarkan dengan pelbagai pelbagai peralatan sokongan tempur, menggantikan laras dan udi pelbagai saiz dan rekabentuk. Remington 1100 kini, dan masih digunakan oleh semua pasukan polis di Amerika Syarikat.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Remington 1100 menggunakan sistem gas, separa-automatik, tiub peluru. Ia juga adalah peningkatan kepada rekabentuk yang digunakan pada Remington M870. Dalam fakta, Model 1100 berbeza dengan M870 dimana ia menggunakan sistem gas, yang menggantikan slide pengadang tangan. Silinder gas diletakkan disekitar alat kerja di hadapan tiub peluru. Cecincin piston gas menyambungkan tindakan oleh dua bar senjata. Kunci laras ini dicapai oleh sebahagian kunci pertama, disengetkan didalam bahagian permukaan tegak dan slot senjata boleh ditanggalkan didalam penyambung laras apabila dikunci. Untuk membuka laras, sebahagian kunci digerakkan ke bawah dan bolt ditarik oleh penolak gas. Remington M1100 mempunyai pengunci bolt yang boleh mengunci bolt didalam posisi terbuka sebaik sahaja peluru telah habis. Tangkai cekah berada di bahagian kanan liang buang dan ia bersama dengan bolt. Model 1100 boleh dikembarkan dengan pelbagai jenis pejera dan udi yang diperbuat daripada plastik atau kayu. Pelbagai peralatan sokongan tambahan, seperti lampu taktikal, pejera laser dan pejera skop, turut disertakan.

Versi[sunting | sunting sumber]

Versi-versi Remington M1100 terdiri daripada:-

  • Magnum Duck Gun
  • Lightweight 20 gauge in Field, Magnum, Skeet & Deer
  • 150th Anniversary edition – 1966
  • Matched Pairs in .410 bore & 28 gauge skeet 1970
  • Left hand in 12 & 20 gauge
  • Ducks Unlimited Commemorative versions
  • Bicentennial model
  • Limited Edition "One of Three Thousand"
  • Special Field
  • Special Purpose
  • Synthetic
  • Sporting
  • Classic Field
  • Youth

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Remington 1100 Firearm Model History


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.
  1. Harold Murtz. Gun Digest Treasury (DBI Books, 1994), p.193
  2. Instruction Book for:Models 1100, 11-87 & 11-87 Super magnum Autoloading Shotguns Models 1100, 11-87 & 11-87 Super magnum Autoloading Shotguns, Remington Arms Company, Form RD 7061 Rev. 205
  3. Murtz, ibid.
  4. ibid.