Remington M870

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Remington M870
M870mcs.jpg
Remington M870 MCS
Jenis Senapang Patah
Asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Amerika Syarikat, Malaysia dan semua organisasi ketenteraan dan penguatkuasa undanng-undang
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Remington Arms
Spesifikasi
Berat 3 kg (6.61 lbs) - 3.5 kg (7.73 lbs)
Panjang mengikut versi model
Panjang laras 254 mm (10 inci) - 762 mm (30 inci)

Jenis peluru 12 bore
Tindakan Sistem Pam
Jarak berkesan 40 m
Sistem suapan 8+1 peluru, pada tiub peluru


Remington Model 870 merupakan selaras senapang patah pam yang dihasilkan oleh syarikat persenjataan ringan Amerika Syarikat, Remington Firearms. Senjata ini biasanya dibekalkan kepada pasukan polis, tentera dan pihak berkuasa awam serta orang-orang awam yang diberi lesen menggunakan senjata. Senjata ini mempunyai pelbagai versi.

Senjata Remington M870 merupakan rekabentuk keempat yang mempunyai majoriti tertinggi dalam siri senapang patah Remington. John Pedersen, merupakan perekacipta bagi Model 10 (dan kemudiannya mencipta Model 29). Beliau bekerja dengan John Browning, Pedersen telah membantunya dalam merekacipta Model 17 yang menjadikan model senapang patah Ithaca sebagai Ithaca 37 dan menjadi asas kepada Remington 31. Model 31 adalah senapang patah yang paling baik, dari segi penjualannya tidak setanding dengan Winchester Model 12. Remington memulakan inovasi terbaru pada tahun 1950 yang mana ia paling moden, canggih, berkualiti, dan akhir terciptalah Model 870 Wingmaster.

Penjualan senapang patah Model 870 amatlah menggalakkan dipasaran senjata Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, kemudiannya terciptanya model "Express", penjualannya melebihi tujuh juta. Model 870 terus mendapat rekod terbaik sebagai penjualan terbaik senapang patah dalam sejarah Amerika Syarikat.

[1]

Versi[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai versi bagi Remington 870. Melalui penciptaan sebanyak 15 buah model, Remington telah memasarkan model ini bagi kegunaan pihak tentera, polis dan pihak awam. Model 870 mempunyai versi iaitu:

  • Wingmaster
  • Express
  • Marine
  • Police
  • Tactical
    • Kesemuanya berwarna hitam
    • Laras berukuran 18 atau 20 inci.
    • Mempunyai silinder yang boleh dibaikpulih dan pad anjalan bagi mengurangkan hentaman yang kuat.
    • Mempunyai kapasiti lapan butir peluru dengan versi dua atau tiga butir jika menggunakan jenis laras paling pendek.
    • Mempunyai 3 jenis udi yang disediakan (sama ada pistol grip mahupun jenis biasa dan mempunyai grip hadapan pada pengadang tangan).

Selain dari versi di atas, terdapat model yang lain iaitu Modular Combat Shotgun atau MCS yang mana ia mempunyai landasan Picatinny dibahagian atas senjata yang membolehkan peralatan tambahan boleh dipasangkan pada senjata tersebut. Difahamkan, pihak penguatkuasaan undang-undang iaitu Polis Diraja Malaysia turut mempunyai senjata Remington M870 dengan versi ini bagi kegunaan unit elit Pasukan Gerakan Khas dalam operasi-operasi yang melibatkan pertempuran jarak dekat atau CQB. Selain dari itu, versi MCS ini boleh dikembarkan dengan senjata yang lain seperti Colt M16 dan Karbin Colt M4. Selain Pasukan Gerakan Khas PDRM, unit-unit elit Angkatan Tentera Malaysia juga turut memiliki Model 870 dengan pelbagai versi. Kemudiannya dua agensi keselamatan ini membeli sejumlah besar senapang patah separa automatik jenis Remington M1100 untuk dibekalkan kepada unit-unit yang sedia ada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan