Remp-It

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Remp-It merupakan filem cereka Malaysia yang ditayangkan pada 10 Ogos, 2006.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal Yamaha Y125Z baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar.

6 bulan berlalu, dan kini Madi bukan lagi seorang penghantar surat. Dia kini bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel motosikal. Satu hari, orang bawahan Spark iaitu Rizzo datang ke bengkel tersebut tetapi dibelasah oleh Madi. Seterusnya, Madi mendesak Rizzo untuk menganjurkan satu perlumbaan sejenis (one-make race) melibatkan motosikal Yamaha RX-Z di Lebuhraya Shah Alam. Dalam perlumbaan tersebut, kebanyakan Mat Rempit yang lain tersungkur separuh jalan; ada yang terjatuh di plaza tol dan selebinya terjatuh di lorong motosikal sehingga hanya tinggal Madi dan Spark sahaja. Pada penghujung perlumbaan, Spark bermain kotor - dia menendang Madi, menyebabkannya melanggar sebuah lori dan mati. Spark pula berjaya melepaskan diri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Farid Kamil sebagai Madi - (Pelakon Utama)
  • Cat Farish sebagai Macha - (Pelakon Utama)
  • Julia Hana sebagai - Ieka (Pelakon Utama)
  • Zul Huzaimy sebagai - Spark (Pelakon Utama)
  • Aqasha sebagai - Rizzo (Pelakon Pembantu)
  • Shah - (Pelakon Pembantu)
  • Khatijah Tan sebagai Ibu Madi - (Pelakon Pembantu)

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]