Rencong
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk sejenis sistem tulisan, sila lihat tulisan Rencong.
Rencong ialah sebuah senjata tradisional bagi orang Aceh yang menyerupai keris. Ia merupakan senjata utama bagi orang Aceh sebagai mana keris merupakan senjata utama bagi orang Jawa. Ia direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata Arab بسم الله bismi-Llah ("dengan nama Allah").