Republik Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Iolani di Honolulu, dulunya tempat tinggal raja Hawaii, dan juga tempat di mana dewan perundangan bertemu

Republik Hawaii adalah nama rasmi untuk Hawaii dari 1894 ke 1898 apabila ia ditadbir sebagai sebuah republik. Zaman republik berlaku di antara pentadbiran Pemerintah Sementara Hawaii yang berakhir pada 4 Julai 1894 dan persetujuan kepada Ketetapan Newlands di Kongres Amerika Syarikat di mana Republik Hawaii digabungkan ke dalam Amerika Syarikat dan menjadi Wilayah Hawaii pada 7 Julai, 1898.

Orang-orang penting dalam republik ini adalah dari pelbagai bangsa. Mereka termasuk Sanford B. Dole dan Lorrin A. Thurston, keduanya berketurunan Eropah tetapi dilahirkan di Hawaii dan boleh bertutur dalam bahasa Hawaii dengan baik. Dole sebelumnya adalah seorang anggota dewan perundangan dari Koloa, Kaua'i dan juga seorang hakim di Mahkamah Tinggi. Thurston pula telah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah Raja Kalakaua. Speaker parlimen republik ini adalah seorang penduduk asal Hawaii, John Kaulukou yang pro-raja dan menentang pergabungan dengan Amerika Syarikat.

Perlembagaan Bayonet 1887[sunting | sunting sumber]

Raja David Kalākaua

Pada 1887, Perlembagaan Bayonet telah digubalkan oleh Lorrin A. Thurston, Menteri Dalam Negeri di bawah Raja David Kalākaua. Perlembagaan ini telah diisytiharkan oleh raja setelah pertemuannya dengan sekitar 3000 penduduk dan juga tentera rakyat yang menuntut dia menandatangani perlembagaan tersebut atau akan dibuang takhta. Dokumen ini telah mendirikan sebuah pemerintahan raja berperlembagaan seperti United Kingdom, melucutkan segala kuasa peribadi dari raja, memberi kuasa yang lebih kepada dewan perundangan dan menubuhkan sebuah kerajaan berkabinet.

Perlembagaan ini memberi kuasa kepada rakyat untuk melantik anggota untuk Dewan Bangsawan yang dulunya hanya dilantik oleh raja. Hak untuk mengundi oleh rakyat tidak diberikan sepenuhnya; mereka yang mempunyai nilai harta yang tinggi mendapat hak tersebut dan nilai yang ditetapkan adalah lebih tinggi daripada apa yang terdapat di Perlembagaan 1864. Akibatnya, penduduk miskin Hawaii dan Eropah yang dulunya boleh mengundi kini tidak berupaya untuk membuat demikian. Perlembagaan ini juga memberi hak mengundi kepada pribumi Hawaii dan juga Eropah dan Amerika walaupun ada di kalangan mereka yang tidak memiliki kerakyatan Hawaii. Penduduk keturunan Asia yang merupakan kaum minoriti terbesar tidak diberikan hak tersebut. Beberapa penduduk keturunan Cina dan Jepun yang diwarganegarakan semasa pemerintahan beraja juga dihilangkan hak untuk mengundi. Perlembagaan Bayonet juga mengizinkan raja untuk melantik anggota kabinet tanpa persetujuan daripada dewan perundangan walaupun kebanyakkan kuasanya telah dilucutkan.

Perlembagaan Liliuokalani[sunting | sunting sumber]

Ratu Liliuokalani

Pada 1891, apabila Raja Kalakaua meninggal dunia, adik perempuannya Ratu Liliuokalani menaiki takhta dan menjadi ketua negara di sebalik sebuah krisis ekonomi. Akta McKinley telah melumpuhkan industri gula Hawaii dengan merendahkan cukai untuk gula yang diimport dari luar negara, meniadakan faedah monopoli yang telah lama diraih oleh peniaga Hawaii sejak Persetujuan Reciprocity 1874. Ramai penduduk Hawaii telah terjejas akibat kehilangan pendapatan utama mereka. Ratu Liliuokalani mencadangkan sebuah sistem loteri untuk mengumpulkan wang untuk kerajaannya. Menteri-menteri dan juga kawan-kawannya yang terdekat kecewa dengan cadangan tersebut dan cuba menghentikannya dari melaksanakan rang undang-undang yang dicadangkan. Cadangannya ini telah digunakan untuk menentangnya dalam sebuah krisis perlembagaan yang berlangsung pada masa akan datang.

Hasrat utama Liliuokalani adalah untuk mengembalikan kuasa sepenuhnya kepada raja dengan menarik kembali perlembagaan Bayonet yang dia telah berjanji untuk pertahankan. Dia telah melancarkan sebuah kempen yang berhasil melahirkan sebuah surat rayuan oleh rakyatnya untuk mengisytiharkan sebuah perlembagaan baru. Apabila dia memberitahu kabinet mengenai cadangannya, mereka enggan menyokongnya.

Rakyat Hawaii yang telah memaksa Raja Kalakaua untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet menjadi cemas dengan tindakan ratu mereka untuk mengumumkan sebuah perlembagaan baru. Sekitar 1500 askar rakyat di bawah pimpinan Honolulu Rifles dan Jawatankuasa Keselamatan mengambil alih bangunan kerajaan, melucutkan senjata Tentera Diraja dan mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan sementara. Rakyat Amerika yang tinggal di Honolulu bimbang dengan keselamatan dan harta mereka. Sekitar 150 tentera laut dan askar Kor Marin dari sebuah kapal tentera laut di pelabuhan Honolulu telah dikerahkan untuk menjaga keamanan di Hawaii dan melindungi rakyat dan harta Amerika. Tentera Amerika tidak masuk campur dalam krisis yang sedang berlaku; mereka tidak memasuki perkarangan Istana dan juga tidak mengambil alih sebarang bangunan.

Presiden Grover Cleveland

Penyiasatan Blount[sunting | sunting sumber]

Agenda pertama selepas berjaya mengguling Ratu Liliuokalani adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim sementara Lorrin A. Thurston berada di Washington, DC untuk berunding dengan Kongres mengenai penggabungan Hawaii dalam Amerika. Salah satu cadangan mereka adalah untuk Puteri Victoria Kaiulani mengganti tempat Liliuokalani dan dibimbingi oleh sebuah badan yang direka Jawatankuasa Keselamatan. Namun, disebabkan puteri Kaiulani tidak berada di kepulauan Hawaii, cadangan ini tidak diterima.

Pemerintah Sementara ini mengalami masalah besar apabila Presiden Amerika, Benjamin Harrison, penyokong utama mengenai isu penggabungan Hawaii dengan A.S., diundi keluar dari White House. Grover Cleveland, seorang yang berfahaman anti-imperialisme, menggantinya sebagai presiden dan tugas pertamanya adalah untuk menyelesaikan krisis HAwaii. Just a month before becoming president, Lorrin A. Thurston had struck a deal with Congress as it prepared to ratify a treaty of annexation. Cleveland, having heard the appeals of Princess Victoria Kaʻiulani on behalf of her imprisoned aunt, withdrew the treaty and launched an investigation of the matter.

Cleveland melantik James Henderson Blount sebagai Komisari Agung dan Menteri kepada Hawaii. Misinya yang utama adalah untuk menyiasat kpenggulingan kuasa kerajaan Liliuokalani. Dalam laporan Blount, dia menyatakan bahawa concluded in his report that the revolution had utilised the aid of the United States Minister to Hawaiʻi who ordered the landing of troops from the USS Boston. Disturbed by the revelation, Cleveland sent Albert Sydney Willis of Kentucky to Honolulu as Minister to Hawaiʻi with secret instructions. Willis, initially rebuffed by the queen, obtained Liliʻuokalani's promise to grant an amnesty after a considerable delay. After securing that promise, Willis made a formal demand for the dissolution of the Provisional Government and complete restoration of the monarchy, although unbeknownst to him by that time it was too late since Cleveland had already referred the matter to Congress. Taking the demand at face value, on December 23, 1893, Sanford B. Dole sent a reply to Willis declining to surrender the authority of the Provisional Government to the deposed queen.

Penyiasatan Morgan[sunting | sunting sumber]

In response to Cleveland's referral of the matter, the Senate passed a resolution empowering its Foreign Relations Committee to hold public hearings under oath, and cross-examine witnesses, to investigate U.S. involvement in the revolution and also to investigate whether it had been proper for President Cleveland to appoint Blount and give him extraordinary powers to represent the U.S. and intervene in Hawai'i without Senate confirmation. Senator John Tyler Morgan chaired this investigation.

The findings of the Morgan Report thoroughly repudiated the assertions earlier made by Blount and Cleveland, and on February 26, 1894 was submitted. It clearly established that the U.S. troops had remained completely neutral during the overthrow, exonerated Minister Stevens in landing troops, and established Blount's appointment and investigation without congressional approval as constitutional.

Following the Morgan Report, and the Turpie Resolution pada 31 Mei 1894 in which Congress declared against any further intervention against the Provisional Government of Hawaii, Cleveland completely reversed himself, rebuffed the Queen's further requests for help in recapturing the throne, officially recognized the Provisonal Government and considered the Republic of Hawaii the legitimate successor of the Kingdom.

Robert William Wilcox

Penubuhan kerajaan Republik[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Sementara risau yang Grover Cleveland akan sentiasa masuk campur dalam urusan dalam negeri Hawaii dengan percubaan untuk mengembalikan kerajaan beraja. Kerajaan ini juga sedar bahawa tidak akan terjadinya penggabungan selagi Cleveland masih berkuasa; mereka juga mahu menubuhkan sebuah pemerintah yang lebih kekal untuk Hawaii. Pada 30 Mei 1894, kerajaan ini telah memanggil sebuah Perhimpunan Perlembagaan di mana sebuah perlembagaan Republik Hawaii digubalkan. Republik Hawaii diisytiharkan pada 4 Julai 1894 di Aliiolani Hale dengan Sanford Dole sebagai presiden yang pertama.

Pemberontakan Wilcox 1895[sunting | sunting sumber]

Revolusioner Hawaii Robert William Wilcox telah mengetuai beberapa pemberontakan untuk mengembalikan semula kerajaan beraja di Hawaii. Pemberontakan pertama adalah pada 1888 sebagai reaksi kepada Perlembagaan Bayonet. Pada cubaannya yang kedua pada 1889, dia telah mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada 150 orang Hawaii, Eropah dan Cina. Pada kedua-dua kalinya, Wilcox telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan tetapi telah dilepaskan kerana pihak juri tidak mendapatnya bersalah. Pada 1895, Wilcox mengambil bahagian dalam percubaan yang ketiga, kali ini untuk menjatuhkan kerajaan Republik Hawaii dan mengembalikan kuasa memerintah Liliuokalani. Penyokong raja telah membawa satu kargo senapang dan peluru dari San Francisco, California ke suatu tempat rahsia di Honolulu. Di lokasi tersebut, sebuah kompeni penyokong raja akan membuat rancangan untuk menawan bangunan-bangunan kerajaan secara mengejut. Namun sebuah pertemuan tidak sengaja dengan sebuah skuad polis telah merosakkan pelan mereka dan ramai di antara mereka telah ditangkap. Wilcox telah lari dan bersembunyi di pergunungan sebelum diberkas. Beberapa pertelingkahan kecil berlaku beberapa minggu kemudian yang mengakibatkan penangkapan beberapa ketua komplot dan pengikut mereka. Pemerintah telah menjumpai beberapa senapang dan peluru dan dokumen-dokumen yang melibatkan beberapa orang ternama seperti Liliuokalani di perkarangan Washington Place dan juga di rumah Liliuokalani.

Perbicaraan Liliuokalani[sunting | sunting sumber]

Puteri Kaiulani

The deposed queen was forced to defend herself in a trial. The prosecution proved that Liliʻuokalani had committed "misprision of treason," because she knew that guns and bombs for the Wilcox attempted counter-revolution had been hidden in the flower bed of her personal residence at Washington Place. She was sentenced to 5 years imprisonment at hard labor and a fine of $10,000. But the imprisonment was actually served in a large bedroom at 'Iolani Palace where she had a full-time maid-servant, and her "hard labor" consisted of composing songs and sewing a protest quilt containing symbols of the monarchy. After 8 months she was parolled to her Washington Place home by President Sanford B. Dole. A year later she was granted a full pardon, including the right to travel; and President Dole gave her a passport to travel to Washington D.C. "to visit friends." However, she used that opportunity to lobby the U.S. Senate in 1897 against annexation.

Sanford B. Dole, bekas penasihat kepada Ratu Liliuokalani, Presiden dan kemudiannya, Gabenor Hawaii

Pembubaran kerajaan Republik[sunting | sunting sumber]

Dengan perlantikan William McKinley, yang terkenal sebagai seorang yang menyokong konsep imperialisme sebagai Presiden Amerika Syarikat, kerajaan Republik Hawaii menyambung semula rundingan mengenai penggabungan Hawaii dalam Amerika Syarikat. Menurut pandangan McKinley, kepulauan Hawaii kini memiliki kepentingan strategik disebabkan Perang Amerika-Sepanyol. Pada 16 Jun 1897 sebuah perjanjian di antara kedua pihak telah ditandatangani. Senat Amerika sebenarnya agak keberatan untuk bersetuju dengan perjanjian tersebut. Penyokong konsep penggabungan telah mengambil langkah berhati-hati dengan menjamin Ketetapan Newlands diterima dan ditetapkan dengan undi 42 berlawan 21. Dewan Perwakilan menerima ketetapan tersebut dengan undi 209 berlawan 91. Presiden McKinley menandatangani rang undang-undang pengambilan kuasa pada 7 Julai 1898. Penyerahan kedaulatan Hawaii kepada Amerika berlangsung secara rasmi pada 12 Ogos 1898 dengan upacara penaikan bendera Amerika Syarikat di Istana Iolani.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Allen, Helena G. Sanford Ballard Dole: Hawaii's Only President, 1844-1926 (1998).
  • (Inggeris) Kuykendall, Ralph Simpson. Hawai'i: A History, from Polynesian Kingdom to American State (2003)
  • (Inggeris) Schweizer, Niklaus R. His Hawaiian Excellency: The Overthrow of the Hawaiian Monarchy and the Annexation of Hawaii (1994).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]