Republik Indonesia Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Indonesia Syarikat

 

1949–1950
Bendera Jata
Peta RIS.
Ibu negara Jakarta
Bahasa Bahasa Indonesia
Kerajaan Republik persekutuan
Presiden
 - 1949-1950 Soekarno
Perdana Menteri
 - 1949-1950 Mohammad Hatta
Zaman bersejarah Perang Dingin
 - Diasaskan 27 Disember 1949
 - Dibubarkan 17 Ogos 1950

Republik Indonesia Syarikat , (RIS) adalah sebuah republik persekutuan yang ditubuhkan pada 27 Disember 1949 selepas mendapat kesepakatan dalam Persidangan Meja Bundar: Republik Indonesia, Bijeenkomst voor Federaal Overleg (BFO), dan Belanda. Kesepakatan ini disaksikan juga oleh United Nations Commission for Indonesia (UNCI) sebagai wakil PBB.

Republik Indonesia Syarikat terdiri daripada 7 buah negeri dan 9 wilayah autonomi yang berdiri sendiri iaitu

-Negeri bahagian

  1. Negara Republik Indonesia (RIS)
  2. Negara Indonesia Timur
  3. Negara Pasundan, termasuk Daerah Persekutuan Jakarta
  4. Negara Jawa Timur
  5. Negara Madura
  6. Negara Sumatera Timur
  7. Negara Sumatera Selatan

-Negeri autonomi

  1. Jawa Tengah
  2. Kalimantan Barat (Daerah Istimewa)
  3. Dayak Besar
  4. Daerah Banjar
  5. Kalimantan Tenggara
  6. Kalimantan Timur (tidak temasuk bekas wilayah Kesultanan Pasir)
  7. Bangka
  8. Belitung
  9. Riau

Republik Indonesia Syarikat dipimpin oleh Soekarno sebagai presiden dan Mohammad Hatta sebagai Perdana Menteri.

Pada 17 Ogos 1950, RIS dibubarkan.