Republik Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Islam merupakan nama yang digunakan oleh beberapa negara dalam Dunia Islam, iaitu Iran, Pakistan, Afghanistan dan Mauritania. Pakistan menggunakan nama tersebut sejak berlakunya konstitusi tahun 1956. Mauritania menggunakannya sejak 28 November 1958, sedangkan Iran menggunakannya sejak Revolusi Islam tahun 1979 yang menumbangkan dinasti Pahlavi. Afghanistan adalah yang paling akhir menggunakannya, iaitu sejak tahun 2001 setelah tumbangnya kekuasaan Taliban. Meskipun terdapat keserupaan nama, namun terdapat perbezaan besar di antara negara-negara tersebut dalam hal penerapannya pada pemerintahan dan hukum yang berlaku.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]