Republik Venice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Republik Venice (Bahasa Itali: Repubblica di Venezia, Templat:Lang-vec atau Repùblica de Venesia) ialah sebuah negeri yang berasal dari kota Venice di utara Itali. Negara ini kekal selama satu alaf, dari lewat abad ketujuh M sehingga tahun 1797. Republik ini dikenali secara formal sebagai Republik Venice Yang Amat Tenang (Bahasa Itali: Serenissima Repubblica di Venezia, Templat:Lang-vec atau Repùblica de Venesia) dan sering disebut sebagai La Serenissima, bersempena gelaran formalnya sebagai salah sebuah "Republik Yang Amat Tenang". Walaupun negara ini memiliki sejarah yang penuh dengan peperangan dan penaklukan, nama baik republik moden ini banyak berdasarkan statusnya sebagai kuasa ekonomi dan perdagangan.