Resen (kota)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mengenai bunyi ini Resen  (bahasa Macedonia: Ресен) ialah sebuah kota yang terletak di barat daya Republik Macedonia, di antara Pergunungan Baba dan Galičica, hampir separuh jalan antara Ohrid (35 km) dan Bitola (31 km), dan 198 km dari Skopje. Kota ini pertama kali muncul dalam sejarah pada tahun 1337 dengan nama Rosne.

Benteng Resen yang ada di kota ini telah dibangunkan oleh Ahmed Niyazi Bey, salah satu tokoh dalam Revolusi Turki Muda pada tahun 1908, yang menjungkalkan Sultan Abd-ul-Hamid II dari takhtanya. Daerah Prespa (di sekitar Danau Prespa) terkenal akan produksi buah-buahannya, dan Resen terkenal akan pengeluaran epalnya.