Resident Evil 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Resident Evil 4
Muka depan versi Amerika Utara
PembangunProduction Studio 4
Penerbit
PengarahShinji Mikami
PengeluarHiroyuki Kobayashi
PerekaHiroshi Shibata
Koji Kakae
Shigenori Nishikawa
PenulisShinji Mikami
Satoshi Yoshimatsu
Haruo Murata
KomposerMisao Senbongi
Shusaku Uchiyama
SiriResident Evil
PlatformNintendo GameCube, PlayStation 2, Microsoft Windows, Wii, Telefon bimbit, iPhone, Zeebo, iPad
Pelepasan
January 11, 2005
  • Nintendo GameCube
        PlayStation 2
            Windows
                    Wii
                      Mobile phone
                        iPhone
                            iPad
                              GenrePenembak diri ketiga, seram
                              ModSeorang pemain

                              Resident Evil 4 dikenali di Jepun sebagai Biohazard 4 (バイオ ハザード 4, Baiohazādo Fō) merupakan permainan video penembak diri ketiga yang dibina oleh Capcom Production Studio 4 dan diterbitkan oleh pelbagai penerbit termasuklah Capcom, Ubisoft, Nintendo Australia, Red Ant Enterprise dan THQ Asia Pasifik. Permainan ini awalnya dikeluarkan pada tarikh 11 Januari 2005 di Amerika Utara dan pada tarikh 27 Januari di Jepun.

                              Diisytiharkan pertama kali pada awal Disember 1999, Resident Evil 4 mengalami pembangunan jangka masa yang lama kerana empat versi permainan sebelum ini dibatalkan. Awalnya dikembangkan untuk konsol PlayStation 2. Usaha pertama ini diarahkan oleh Hideki Kamiya selepas pengeluar Shinji Mikami meminta dia untuk membuat siri baru dalam Resident Evil. Ia telah diputuskan untuk memulakan kembali pembangunan permainan. Resident Evil 4 pada awalnya merupakan permainan eksklusif Nintendo GameCube tetapi versi PlayStation 2 diumumkan sebelum permainan dikeluarkan untuk GameCube. Resident Evil 4 kemudian dikeluarkan untuk PC (Microsoft Windows), Wii dan dalam versi yang berlainan untuk pelantar lain termasuklah iOS, telefon bimbit, dan Zeebo.

                              Resident Evil 4 telah mendapat banyak kritikan yang positif daripada pelbagai pengkritik permainan video. Ia mendapat skor 96 pada Metacritic. Ia telah menerima ulasan positif daripada pelbagai majalah dan laman sesawang permainan video. Permainan ini dianggap oleh kebanyakan pengkritik sebagai pesaing untuk 2005 Game of the Year dan dilihat sebagai sebuah permainan yang berjaya. Perubahan kepada corak permainan yang baru dan gaya yang lebih mendalam banyak menarik perhatian daripada siri-siri sebelumnya.

                              Cara bermain[sunting | sunting sumber]

                              Pemain mengawal Leon S. Kennedy dengan konsep bentuk penembak diri ketiga dengan misi untuk menyelamatkan anak perempuan Presiden Amerika Syarikat, Ashley Graham. Fokus permainan ini adalah pada tindakan dan tembak-menembak yang melibatkan sekumpulan musuh di kawasan-kawasan terbuka yang luas. Kamera difokuskan di belakang Leon dan didekatkan pandangan di bahu ketika pemain bertujuan untuk menembak menggunakan senjata. Penambahan laser pada senjata membolehkan pemain untuk menujukan serangan di pelbagai arah dan mudah menukar kedudukan mereka pada bila-bila masa. Peluru kini mempengaruhi musuh khusus di mana mereka ditembak; tembakan ke kaki boleh menyebabkan musuh tersungkur manakala tembakan ke lengan boleh menyebabkan senjata mereka jatuh.

                              Leon bertarung dengan sekempulan Ganados

                              Aspek lain yang baru daripada Resident Evil 4 ialah kawalan peka konteks. Berdasarkan situasi, pemain boleh berinteraksi dengan aspek-aspek persekitaran mereka seperti menendang tangga, melompat keluar dari jendela atau mengelakkan serangan musuh. Ada juga adegan khas, bilamana pemain perlu menekan butang yang ditunjukkan pada paparan untuk melaksanakan tindakan-tindakan seperti mengelak batu besar yang jatuh atau mengelak serangan musuh untuk terus hidup. Dia juga sering dimasukkan ke dalam pertempuran apabila berlawan dengan ketua, bilamana pemain perlu mengelakkan serangan yang dilakukan. Versi Wii memperluaskan konsep ini dengan memasukkan tindak balas daripada Wii Remote.

                              Capcom menambah kandungan baru khusus untuk konsol PlayStation 2 yang kemudian dimasukkan ke dalam PC dan konsol Wii. Penambahan terbesar ialah "Separate Ways", sebuah permainan mini yang melibatkan dan menceritakan kisah Ada Wong dalam Resident Evil 4 dan hubungannya dengan Albert Wesker iaitu bekas ahli STARS yang kini cuba untuk menghidupkan kembali Umbrella. "Ada's Report", dokumentari lima bahagian yang memperlihatkan analisis Ada dan hubungannya dengan Albert Wesker dan peranannya dalam plot permainan. Kandungan lain yang perlu dibuka dahulu dengan cara tertentu termasuklah dalam semua versi seperti permainan "The Mercenaries", kostum baru untuk watak Leon dan Ashley, senjata baru dan "Movie Browser" untuk melihat babak-babak khas dalam permainan.

                              Versi[sunting | sunting sumber]

                              Edisi Istimewa[sunting | sunting sumber]

                              Versi GameCube memaparkan dua versi yang berbeza. Yang pertama yang tersedia sebagai tempahan daripada laman rasmi merangkumi permainan, Buku Seni Prolog dan kemeja t putih dengan logo judul permainan berwarna hitam di bahagian depan dan alamat laman sesawang di bahagian belakang. GameStop menawarkan edisi terhad yang dikemas dalam sebuah kotak timah dengan sebuah buku karya seni tentang siri, sebuah sel daripada Leon dan Runut Bunyi CD. Australia menerima edisi eksklusif yang dilengkapi dengan permainan dan cakera bonus dengan wawancara dengan pencipta untuk kedua-dua permainan dan siri Resident Evil yang sebelumnya.

                              Versi PlayStation 2[sunting | sunting sumber]

                              Resident Evil 4 telah dipindahkan ke konsol PlayStation 2 selepas Capcom menyatakan bahawa ia tidak termasuk dalam perjanjian eksklusif dengan Nintendo. Ia dikeluarkan di Amerika pada tarikh 25 Oktober 2005. Pengkritik permainan video menyatakan bahawa grafik versi PS2 ini lebih rendah daripada grafik versi GameCube. Namun, beberapa[nyatakan menurut siapa?] berasa bahawa sejumlah besar ciri-ciri eksklusif dibuat bagi menampung kekurangan ini. Penambahan terbesar untuk permainan ini ialah "Separate Ways", sebuah senario baru untuk Ada yang ditulis oleh Haruo Murata. Ia kemudian dimasukkan sekali dengan permainan Resident Evil Code: Veronica X dan Resident Evil Outbreak sebagai sebahagian daripada kompilasi Resident Evil: The Essentials.

                              Versi PC[sunting | sunting sumber]

                              Resident Evil 4 dibina untuk PC oleh SourceNext. Ia pertama kali dikeluarkan di Hong Kong pada tarikh 1 Februari 2007 yang diterbitkan oleh Taufan Games dan kemudian dikeluarkan di Eropah dan Australia pada tarikh 1 Mac 2007. Ia mengandungi beberapa ciri-ciri bonus versi PlayStation 2 seperti "Separate Ways", meriam laser P. R. L 412 dan satu set kostum kedua untuk Leon dan Ashley serta tahap kesulitan Mudah (Easy). Ia juga menyokong beberapa resolusi layar lebar.

                              Edisi Wii[sunting | sunting sumber]

                              Resident Evil 4: Wii edition dikeluarkan untuk Wii pada tarikh 31 Mei 2007 di Jepun dan pada tarikh 19 Jun 2007 di Amerika Syarikat. Ia mempunyai ciri-ciri kawalan baru yang melibatkan Wii Remote dan Nunchuk, bersama-sama dengan kemampuan untuk menggunakan alat kawalan GameCube. Wii Remote mampu mengarahkan dan menembak mana-mana pada paparan dengan reticle yang menggantikan pancaran laser. Edisi Wii juga merangkumi kandungan tambahan seperti versi PlayStation 2 dan versi PC serta video untuk Resident Evil: The Umbrella Chronicles.

                              Edisi Bimbit[sunting | sunting sumber]

                              Biohazard 4 Mobile edition dikeluarkan di Jepun untuk au BREW 4.0 pada tarikh 1 Februari 2008. Ia pertama kali diumumkan oleh Capcom di TGS 2007. Perbezaan daripada asalnya termasuklah mengubah cerita daripada yang berterusan kepada yang dibahagi menjadi beberapa bahagian seperti "Village", "Ravene", "Fortress" dan "Subterranian Tunnel". Terdapat juga Mod Mercenary yang lebih mencabar. Permainan ini menggunakan MascotCapsule dan telah disesuaikan dengan pelantar Zeebo dan iOS.

                              Edisi iOS[sunting | sunting sumber]

                              Pada tarikh 13 Julai 2009 tanpa pengumuman rasmi, Resident Evil 4: Mobile edition telah dikeluarkan oleh Capcom untuk platform IOS melalui App Store di Jepun, tetapi dengan cepat dihapuskan. Walaupun teleh cepat dibuang, terdapar beberapa pemain yang telah membeli dan memuat turun permainan itu. Sejak saat itu, permainan itu telah rasmi dikeluarkan di Jepun dan Amerika Utara. Kemudian, Capcom membuat beberapa kemas kini terhadap permainan yang memiliki tahap kesulitan yang berbeza dan markah tinggi.

                              Plot[sunting | sunting sumber]

                              Pada tahun 2004, kegiatan rahsia Umbrella Corporation dalam Raccoon City telah menjadi urusan awam. Setelah penyelidikan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat, beberapa pegawai Umbrella yang terlibat dituntut. Kerajaan segera menghampuskan perniagaan Umbrella menyebabkan syarikat muflis.

                              Leon S. Kennedy dipilih oleh Perkhidmatan Rahsia AS (US Secret Service) setelah mereka mempelajari daripada tindakannya di Raccoon City. Leon dihantar dalam misi untuk menyelamatkan Ashley Graham, anak perempuan kepada Presiden yang telah diculik oleh organisasi misteri. Leon telah dihantar ke sebuah desa luar bandar di Eropah, di mana dia bertemu dengan segerombolan penduduk kampung yang kejam yang telah mengorbankan jiwa mereka untuk Los Illuminados, organisasi yang telah menculik Ashley.

                              Selama menjalankan misi, Leon telah disuntik dengan parasit kawalan fikiran yang dikenali sebagai Las Plagas. Dia juga telah bertemu kembali dengan Ada Wong, seorang wanita daripada masa silamnya dan Jack Krauser, salah satu bekas rakan Leon daripada latihan bertahun-tahun yang dianggap telah mati. Dia juga bertemu dengan Luis Sera, bekas penyelidik Los Illuminados yang membantu Leon dalam misinya tetapi kemudian dibunuh oleh Osmund Saddler, pemimpin organisasi Los Illuminados. Dengan mengkaji nota-nota peninggalan Sera, Leon mendapati bahawa Los Illuminados menguasai fikiran subjek mereka dengan Las Plagas. Tujuan mereka adalah untuk menyuntikkan Ashley dengan parasit selepas itu membiarkan dia kembali ke negara Amerika Syarikat, di mana dia boleh menjangkiti pegawai kerajaan.

                              Setelah Saddler mendapati bahawa Leon telah menyelamatkan Ashley, dia memerintahkan boneka-boneka yang dikawalnya untuk menggunakan cara apapun untuk mengembalikan Ashley. Sementara itu, selepas mengalahkan ketua kampung, Bitores Mendez, Leon dan Ashley berlindung di dalam istana Ramon Salazar. Ashley mula batuk darah, menunjukkan proses kematangan telur Plaga dalam aliran darahnya. Disebabkan tertekan dengan ini, dia melarikan diri. Leon akhirnya menemukan dirinya, tapi dia kemudian ditangkap lagi. Leon kemudian bertempur menerusi istana untuk mencari Salazar kemudian mengetahui bahawa Ashley telah dibawa ke sebuah pulau penyelidikan yang berdekatan. Setelah pelbagai halangan yang ditempuhi dengan tekanan yang diberikan Saddler, Leon akhirnya mampu menyelamatkan Ashley kemudian menghilangkan Las Plagas dari kedua-dua tubuh mereka lalu mengalahkan Saddler dengan bantuan Ada Wong. Leon menemui sampel Las Plagas dari tubuh Saddler tetapi Ada memaksa dia untuk memberikannya kepada dia dengan mengacu pistol ke arah Leon. Ada Wong kemudian keluar dari pulau dengan sebuah helikopter kemudian menetapkan masa untuk meletupkan pulau tersebut lalu meninggalkan Leon dan Ashley untuk melarikan diri melalui jet ski kepunyaannya.

                              Penerimaan[sunting | sunting sumber]

                              Penerimaan
                              Markah agregat
                              PengagregatMarkah
                              MetacriticGC: 96% (82 reviu)
                              Markah ulasan
                              PenerbitanMarkah
                              1UP.comGC: A<
                              Game InformerGC: 10 out of 10
                              GameProGC & PS2: 4.5/5 bintang
                              GameSpotGC: 9.6 out of 10
                              GameSpyGC, PS2 & Wii: 5/5 bintang
                              GameTrailersGC: 9.6 out of 10[1]
                              Wii: 9.3 out of 10[2]
                              IGNGC: 9.8 out of 10
                              Nintendo PowerGC: 10 out of 10
                              Official Nintendo MagazineWii: 94%
                              Play MagazineGC & PS2: 9 out of 10
                              X-PlayGC & PS2: 5/5 bintang

                              Versi Nintendo GameCube telah terjual lebih daripada 320,000 salinan di Amerika Utara selama dua puluh hari pertamanya. Keluaran Eropah telah menjual seluruh 200,000 unit pada bulan pertama. Hingga Januari 2006, lebih daripada 3,000,000 salinan versi GameCube dan PlayStation 2 telah dihantar di seluruh dunia. Menurut angka penjualan yang diberikan oleh Capcom pada 17 Januari 2007, Resident Evil 4 versi konsol GameCube telah terjual sebanyak 1.6 juta unit di seluruh dunia, sementara versi PS2 telah terjual lebih daripada 2 juta unit.

                              Anugerah[sunting | sunting sumber]

                              Permainan ini telah menerima pelbagai penghargaan daripada pelbagai organisasi dan ulasan positif daripada pelbagai pengkritik permainan video. Nintendo Power menganugerahkannya 2005 Game of the Year, di samping ia mendapat nombor 1 dalam senarai "Top 20 Best GameCube Games of All Time" dalam edisi ulang tahun ke-20 mereka dan menduduki tangga kedua dalam senarai permainan terbaik tahun 2000-an mereka. Official U.S. PlayStation Magazine menamakannya Game of the Year for PlayStation 2.Game Informer dengan memberikan kedua-dua edisi Resident Evil 4 skor sempurna dan nombor satu dalam senarai "Best GameCube Games of All Time". Mereka menamakannya 2005 Game of the Year. Ia seri dengan permainan Kingdom Hearts II sebagai Famitsu Game of the Year 2005 dan diberi penghargaan Game of the Year pada anugerah Spike TV Video Game Awards 2005.

                              G4 TV memperlihatkan X-Play menamakannya permainan terbesar sejak awal sirinya pada bulan April 2003. Pada tahun 2008, Resident Evil 4 menduduki tangga nombor 1 dalam senarai IGN's Top 99 Games of Time All.

                              Rujukan[sunting | sunting sumber]

                              1. ^ "Resident Evil 4 - Review". GameTrailers. July 8, 2005. Retrieved on 2009-02-06.
                              2. ^ "Resident Evil 4: Wii Edition - Review". GameTrailers. June 22, 2007. Retrieved on 2009-02-06.

                              Pautan luar[sunting | sunting sumber]