Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Resolusi 181)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181 (II) oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antarabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain