Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1680

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1680 berdasarkan undian 13 negara anggota Majlis Keselamatan (dua negara iaitu China dan Rusia tidak hadir), majlis tersebut telah meluluskan Resolusi 1680 pada 17 Mei 2006. Resolusi yang dirancangkan drafnya oleh AS, Perancis dan juga Britain itu bertujuan untuk menggesa Syria dan Lubnan agar melaksanakan perlaksanaan Resolusi 1559. Syria diminta untuk memastikan tiada usaha penyeludupan senjata masuk ke dalam Lubnan. Masyarakat Lubnan pula pada waktu itu sedang giat membincangkan sesama mereka usaha untuk melucutkan senjata pelarian Palestin di Lebanon dan juga senjata milik Hizbullah. Melalui resolusi tersebut, mereka diseru untuk mempercepatkan proses berkenaan demi menghayati gesaan PBB berhubung Resolusi 1559. Pendekatan kedua-dua resolusi berkenaan menguntungkan rejim Zionis dan mendedahkan Lebanon kepada bahaya yang amat besar. Sekali lagi, apa yang berlaku pada hari ini telah membuktikannya.

Berdasarkan realiti inilah rejim Zionis terlalu ghairah untuk mempergunakan kedua-dua resolusi ini untuk terus mengganas di Lubnan. Sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan bagi pihak rejim pastinya tidak akan lupa untuk menyebutkan perkara ini. Daripada Olmert, Emir Perezt (Menteri Pertahanan), Tzipi Livni (Menteri Luar), wakil Zionis ke PBB (Dan Gillerman) dan kesemua jurucakap tentera Zionis turut menggunakan Resolusi 1559 dan 1680 sebagai alasan untuk terus mengganas di Lebanon. Mereka berlagak seolah-olah tentera rejim bertindak seperti polis bagi pihak PBB untuk tujuan berkenaan. Mereka juga berlagak seolah-olah mereka merupakan inspirasi kepada PBB dan masyarakat antarabangsa yang setia. Gambaran yang cuba diberikan juga ialah seolah-olah mereka juga adalah negara yang amat setia dengan undang-undang antarabangsa dan juga resolusi PBB.