Reuters

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reuters
Nama asliReuters Sunting ini di Wikidata
Dinamakan sempenaPaul Reuter Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriAgensi berita, kewangan
DitubuhkanOktober 1851; 172 tahun yang lalu (1851-10)
PengasasPaul Reuter Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatLondon, United Kingdom
PemilikThomson Reuters
Bilangan kakitangan2,500 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukThomson Reuters Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatReuters TV Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.reuters.com
Facebook: Reuters Twitter: Reuters Instagram: reuters Telegram: ReutersWorldChannel Youtube: UChqUTb7kYRX8-EiaN3XFrSQ Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Reuters (ˈrɔɪtərz) ialah sebuah agensi berita yang bertapak di United Kingdom, dan menyalurkan laporan berita dari merata dunia kepada media berita.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Telegram Reuters bertarikh 23 November 1878 yang melaporkan Pertempuran Ali Masjid.
Reuters Docklands Technical Centre, London

Paul Julius Reuter mengamati bahawa penciptaan telegraf elektrik menandakan bahawa penyampaian berita dalam jarak jauh tidak perlu memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Pada tahun 1850, Reuter bekerja di bandar Aachen — ketika itu dalam Kerajaan Prusia, kini dalam Jerman — dekat dengan sempadan Belanda dan Belgium. Beliau mula menggunakan talian telegraf Berlin–Aachen yang baru untuk menghantar berita ke Berlin. Namun demikian, terdapat jurang 76-batu (122 km) dalam talian di antara Aachen dan Brussel, ibu negara dan pusat kewangan Belgium. Reuter mendapat peluang untuk mempercepat khidmat berita di antara Brussel dan Berlin dengan menggunakan burung merpati utusan untuk merapatkan jurang itu.

Pada tahun 1851, Reuter berpindah ke London. Setelah kebuntuan pada tahun 1847 dan 1850, cubaan Submarine Telegraph Company memasang kabel telegraf dasar laut yang merentas Selat Inggeris, dari Dover ke Calais, menjanjikan kejayaan. Reuter mendirikan pejabat "Submarine Telegraph" pada Oktober 1851 sebelum pembukaan kabel dasar laut tersebut pada bulan November. Kemudian, beliau merundingkan kontrak bersama Bursa Saham London untuk menyediakan harga saham dari bursa-bursa di tanah besar Eropah sebagai balasan terhadap capaian kepada harga-harga bursa London yang dibekalkannya kepada broker saham di Paris. Pada tahun 1865, firma swasta Reuter distrukturkan semula sehingga menjadi syarikat berhad yang bernama Reuter's Telegram Company. Reuter menjadi warganegara Britain pada tahun 1857.

Agensi Reuter mendirikan reputasi di Eropah sebagai yang pertama untuk melaporkan skup berita dari luar negara, seperti pembunuhan Abraham Lincoln. Hampir semua perkhidmatan berita di dunia melanggan khidmat Reuters yang dibuka di lebih 200 bandar raya di 94 negara dalam kira-kira 20 bahasa.

Bergabung dengan Thomson[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2007, The Thomson Corporation dari Kanada bergabung dengan Reuters dalam urusniaga yang bernilai AS $17.2 bilion. Thomson kini menguasai sekitar 53 peratus syarikat baru yang dikenali sebagai Thomson Reuters.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]