Revolusi Oktober

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Revolusi Bolshevik)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengawal Merah di kilang Vulkan pada tahun 1917.

Revolusi Oktober (Bahasa Rusia: Октябрьская революция, Oktyabr'skaya revolyuciya), juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshevik, merujuk kepada satu revolusi - sebahagian daripada Revolusi Rusia 1917 - yang bermula dengan pemberontakan bersenjata di Petrograd (juga dianggap sebagai kudeta oleh pekerja dan askar biasa) yang secara tradisinya bertarikh pada 25 Oktober 1917 mengikut kalendar Julian atau 7 November 1917 mengikut kalendar Gregorian.

Revolusi ini dipimpin oleh golongan Bolshevik, yang menggunakan pengaruh mereka di Soviet Petrograd untuk mengumpulkan pasukan bersenjata. Tentera Merah Bolshevik di bawah Jawatankuasa Revolusi Ketenteraan mula mengambil alih bangunan kerajaan pada 24 Oktober; bagaimanapun 25 Oktober (kalendar Julian) merupaka tarikh Istana Musim Sejuk (tempat kerajaan tempatan Petrograd, pada masa itu ibu negara Rusia) ditawan.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]