Revolusi Kebudayaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Revolusi Kebudayaan (Cina Tradisional: 無產階級文化大革命, Cina Ringkas: 无产阶级文化大革命, pinyin: Wúchǎn Jiējí Wénhuà Dà Gémìng, harfiahnya "Revolusi Besar Kebudayaan Proletariat"; disingkatkan menjadi 文化大革命 (pinyin: wénhuà dà gémìng), harifahnya "Revolusi Kebudayaan Besar", atau makin ringkas lagi, menjadi 文革 (pinyin: wéngé), "Revolusi Kebudayaan") di Republik Rakyat China ialah perebutan kuasa dalam Parti Komunis China yang menjelma sebagai huru-hara sosial, politik dan ekonomi berskala besar, yang menjadi-jadi sehingga melibatkan bahagian besar masyarakat China lalu membawa seluruh negara ke pinggir perang saudara.

Revolusi ini dirasmikan oleh pengerusi Parti Komunis China, Mao Zedong pada 16 Mei 1966, sebagai sebuah kempen untuk melepaskan China daripada unsur-unsur "bourgeoisie bebas" serta meneruskan perjuangan kelas berevolusi, tetapi juga disifatkan orang ramai sebagai satu cara untuk mengawal semula parti setelah Kemaraan Raksasa yang menemui kegagalan besar mengakibatkan Mao banyak kehilangan kuasa beliau kepada pesaing-pesaing Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping, lalu menjadi gelombang perebutan kuasa antara puak-puak di peringkat setempat dan kebangsaan.

Meskpun Mao sendiri secara rasminya mengisytiharkan Revolusi Kebudayaan tamat pada tahun 1969, istilah ini juga merangkumi tempoh antara 1969 dan penahanan Geng Berempat pada tahun 1976 dalam kegunaan masa kini.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1966 hingga 1968, militia belia utama Mao yang bergelar Pengawal Merah untuk menggulingkan sesiapa yang dilihat oleh Mao sebagai musuh dan mengambil alih kawalan terhadap pentadbiran negeri dan parti, menggantikan Jawatankuasa Pusat dengan Jawatankuasa Revolusi Kebudayaan, dan kerajaan-kerajaan setempat pula diganti oleh jawatankuasa revolusi. Di tengah huru-hara dan keganasan yang bersusulan, kebanyakan pelopor revolusi, pengarang, artis, dan tokoh keagamaan diusir dan dibunuh, berjuta-juta orang didakwa, dan sebanyak setengah juta orang terkorban.[1]

Pandangan sejarah rasmi oleh Parti Komunis China terhadap Revolusi Kebudayaan dan peranan Mao dalamnya dikandungkan dalam 'Resolusi mengenai Soalan-soalan Tertentu dalam Sejarah Parti Kita Sejak Penubuhan Republik Rakyat China' yang diterima pada 27 Jun 1981. Dalam dokumen ini, adalah dinyatakan bahawa "Tanggungjawab utama kerana kesilapan 'Sayap Kiri' yang serius akibat 'Revolusi Kebudayaan,' satu kesilapan yang menyeluruh dan amat lama, memang terletak pada Komrad Mao Zedong" dan bahawa Revolusi Kebudayaan dilaksanankan "di bawah kepimpinan Mao Zedong yang menyelewang dan dimanipulasi oleh kumpulan anti-revolusi yang terdiri daripada Lin Biao dan Jiang Qing lalu mengakibatkan musibah dan huru-hara yang serius kepada Parti dan warga China." Pandangan rasmi ini yang semenjak itu menjadi rangka utama untuk historiografi China mengenai Revolusi Kebudayaan, mengasingkan tindakan peribadi Mao ketika Revolusi Kebudayaan daripada kepahlawanan awal beliau serta juga mengasingkan kesilapan peribadi Mao daripada kebenaran teori yang direka beliau.

Revolusi Kebudayaan masih menjadi isu yang sensitif di dalam Republik Rakyat China. Meskipun sedikit sahaja penapisan terhadap huraian peristiwa-peristiwa Revolusi Kebudayaan, pandangan sejarah yang bertentangan dengan versi ang digariskan dalam Resolusi 1981 sering ditapis (termasuk pendapat bahawa Revolusi Kebudayaan adalah perkara yang baik atau bahawa Mao lebih atau kurang bersalah daripada apa yang ditunjukkan sejarah rasmi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harry Harding, "The Chinese State in Crisis, 1966-9," in The Politics of China: The Eras of Mao and Deng, edited by Roderick MacFarquhar (New York: Cambridge University Press, 1997), 242-4.

Pembacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]