Revolusi Tunisia 2010–2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Revolusi Tunisia
Lokasi  Tunisia
Tarikh 18 Disember 2010 – kini
Cir-ciri Tunjuk perasaan, mogok, rusuhan.
Kematian +223[1]

Revolusi Tunisia[2][3] merupakan kempen tentangan awam hebat yang merangkumi aktiviti tunjuk perasaan di jalanan di Tunisia. Peristiwa ini bermula pada Disember 2010 dan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada Januari 2011. Kegiatan tunjuk perasaan dan pergolakan berterusan hingga kini.

Tunjuk perasaan ini tercetus daripada masalah pengangguran, inflasi makanan, korupsi,[4] dan ketiadaan kebebasan bersuara dan kebebasan politik yang lain[5] serta keadaan hidup yang tidak memuaskan. Kegiatan bantah-membantah ini merupakan gelombang pergolakan sosiopolitik yang paling dramatik di Tunisia dalam masa tiga dasawarsa[6][7] serta menyebabkan ramai warga yang terkorban atau cedera, kebanyakannya akibat tindakan polis dan pasukan keselamatan terhadap para penunjuk perasaan. Rakyat mulai membantah apabila seorang penjaja bernama Mohamed Bouazizi membunuh diri pada 17 Disember[8], dan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada 14 Januari 2011, apabila beliau meletak jawatan sambil berlari ke Arab Saudi, setelah memegang kekuasaan selama 23 tahun.[9][10] Labour unions were said to be an integral part of the protests.[11]

Pemberontakan Tunisia ini mengilhamkan negara-negara Arab lain supaya memberontak juga; revolusi Mesir bermula selepas peristiwa di Tunisia dan juga menyebabkan pemergian presiden Hosni Mubarak; selain itu, bantah-membantah juga diadakan di Algeria, Yemen, Libya, Jordan, Bahrain, Iraq, Mauritania,[12] Pakistan[13] dan seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara.

Selepas pemergian Ben Ali, darurat diisytiharkan, sementara terbentuknya kerajaan campuran sementara yang terdiri daripada ahli-anhli parti Ben Ali, Himpunan Demokratik Berperlembagaan (RCD) yang memegang jawatan menteri penting, di samping tokoh-tokoh Pembangkang dalam kementerian lain, sambil menunggu pilihan raya dalam masa 60 hari. Bagaimanapun, lima orang menteri bukan RCD yang baru dilantik meletak jawatan[14][15] serta-merta, sementara tunjuk perasaan masih berlangsung hari demi hari di Tunis dan bandar-bandar lain di seluruh Tunisia, untuk menuntut supaya kerajaan baru tiada ahli RCD dan parti RCD dibubarkan.[15][16][17] Pada 27 Januari, Perdana Menteri Mohamed Ghannouchi merombak semula kerajaan dengan melucutkan semua bekas ahli RCD selain dirinya.

Peristiwa bantahan dan perubahan kerajaan di Tunisia dan merata dunia Arab diberi gelaran "Intifada Sidi Bouzid" (sempena Sidi Bouzid, bandar bermulanya bantahan ini).[18][19][20] Dalam media barat, peristiwa ini dipanggil "Revolusi Melur"[21][22] selaras dengan tradisi menamakan revolusi sempena warna dalam geopolitik.[22][23][24]

Ekoran peristiwa bantah-membantah yang berlanjutan, Ghannouchi sendiri meletak jawatan pada 27 Februari, lalu diganti oleh Beji Caid el Sebsi sebagai Perdana Menteri; dua ahli lain Kerajaan Sementera meletak jawatan sehari kemudian. Pada 3 Mac 2011, presiden mengumumkan bahawa pilihan raya Dewan Undangan Berperlembagaan bakal diadakan pada 24 Julai 2011; ini mungkin bererti pilihan raya umum terpaksa ditunda.[25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "BBC News – Tunisia protests against Ben Ali left 200 dead, says UN". Bbc.co.uk. 2009-05-16. http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-12335692. Capaian 2011-02-01. 
  2. Yasmine Ryan (2011-01-26). "How Tunisia's revolution began – Features". Al Jazeera English. http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/01/2011126121815985483.html. Capaian 2011-02-13. 
  3. "Wikileaks might have triggered Tunis’ revolution". Alarabiya.net. http://www.alarabiya.net/articles/2011/01/15/133592.html. Capaian 2011-02-13. 
  4. Spencer, Richard. "Tunisia riots: Reform or be overthrown, US tells Arab states amid fresh riots". Telegraph. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/tunisia/8258077/Tunisia-riots-US-warns-Middle-East-to-reform-or-be-overthrown.html. Capaian 2011-01-14. 
  5. Ryan, Yasmine. "Tunisia's bitter cyberwar". Al Jazeera English. http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/01/20111614145839362.html. Capaian 2011-01-14. 
  6. "Tunisia's Protest Wave: Where It Comes From and What It Means for Ben Ali | The Middle East Channel". Mideast.foreignpolicy.com. 2011-01-03. http://mideast.foreignpolicy.com/posts/2011/01/02/tunisia_s_protest_wave_where_it_comes_from_and_what_it_means_for_ben_ali. Capaian 2011-01-14. 
  7. Borger, Julian. "Tunisian president vows to punish rioters after worst unrest in a decade", The Guardian, Guardian Media Group, 29 December 2010. Dicapai pada 29 Disember 2010. 
  8. Tunisia suicide protester Mohammed Bouazizi dies, BBC, 5 Jan 2011.
  9. Wyre Davies (2010-12-15). "BBC News – Tunisia: President Zine al-Abidine Ben Ali forced out". Bbc.co.uk. http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-12195025. Capaian 2011-01-14. 
  10. "Uprising in Tunisia: People Power topples Ben Ali regime". Indybay. 2011-01-16. http://www.indybay.org/newsitems/2011/01/16/18669320.php. Capaian 2011-01-26. 
  11. "Trade unions: the revolutionary social network at play in Egypt and Tunisia". Defenddemocracy.org. http://www.defenddemocracy.org/index.php?option=com_content&task=view&id=11792083&Itemid=347. Capaian 2011-02-11. 
  12. 'Facebook Generation' continues Mauritania protests| CNN International
  13. Pakistan: 'The spirit of March 15' — pro-democracy movement wins: | Green Left Weekly
  14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan threeministers tidak disediakan
  15. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljaz_protests_21jan tidak disediakan
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljaz_RCD_newgov_rejected tidak disediakan
  17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc_RCD_disband tidak disediakan
  18. Niet compatibele browser | Facebook>
  19. The Sidi Bouzid Revolution: Ben Ali flees as protests spread in Tunisia | libcom.org
  20. YouTube - Revolte Tunisie Sidi bouzid 3
  21. Par Frédéric Frangeul (2011-01-19). "D’où vient la "révolution du jasmin" ?". Europe1.fr. http://www.europe1.fr/International/D-ou-vient-la-revolution-du-jasmin-375743/. Capaian 2011-01-26. 
  22. 22.0 22.1 D’où vient la "révolution du jasmin" ? Europe1.fr International, 17 january 2011 (Google Translate version)
  23. ""Révolution du jasmin" : une expression qui ne fait pas l'unanimité". LeMonde.fr. 2011-01-17. http://www.lemonde.fr/afrique/article/2011/01/17/revolution-du-jasmin-une-expression-qui-ne-fait-pas-l-unanimite_1466871_3212.html/. Capaian 2011-01-28. 
  24. Olivier Malaponti (2011-01-15). "Révolution de jasmin ?". Mediapart.fr. http://www.mediapart.fr/club/blog/olivier-malaponti/150111/revolution-de-jasmin-0. Capaian 2011-01-28. 
  25. http://www.focus-fen.net/index.php?id=n243650

Pautan luar[sunting | sunting sumber]