Syaiful Reza bin Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Reza Mohamed)
Reza Mohamed
Latar belakang
Nama lahirSyaiful Reza bin Mohamed
Kelahiran (1978-08-25) 25 Ogos 1978 (umur 45)
Berasal dariMalaysia Sibu, Sarawak, Malaysia
Pekerjaan
  • Penyampai Radio
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Penerbit
Tahun aktif2006–kini
Laman sesawang
rezamohamed.com

Biografi[sunting | sunting sumber]

Syaiful Reza bin Mohamed atau dikenali sebagai Reza Mohamed dilahirkan di Kampung Dato', Sibu, Sarawak pada 25 Ogos 1978. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 2006 sebagai penyampai di Radio Era FM yang ke udara dari jam 4 petang hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat dalam segmen Petang ERA. Kini beliau mengusahakan Patung Studio dan disewakan untuk berlatih tarian mahupun lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran sebagai penyampai radio & pengacara, Reza merupakan seorang penari. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu sebagai penyanyi/penghibur di hotel-hotel dan kelab-kelab pada tahun 1998. Selama lebih kurang 7 tahun berkecimpung dalam kerjayanya di kelab dan hotel, Reza mencuba nasib dalam menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia (musim 3) atas dorongan rakan-rakan dan keluarganya dan di situ bermulalah kerjayanya dalam bidang penyiaran.

Pada tahun 2006, Reza dipilih sebagai pengacara rancangan Durian Runtuh untuk Astro Ria dan tampil di layar perak buat pertama kalinya sebagai Azam dalam filem Maut arahan Bade Hj. Azmi, terbitan Tayangan Unggul.

Pada tahun 2008 pula, Reza dipertanggungjawabkan untuk mengacara rancangan terbitan Astro Ria, Kelab POP.

Sepanjang kerjayanya di radio nombor 1 negara, Era FM, bakat suaranya disalurkan dalam pelbagai iklan radio tanahair.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]