Ribut petir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian siri Alam semula jadi
Cuaca
 
Musim
Iklim sederhana

Musim bungaMusim panas
Musim luruhMusim sejuk

Iklim tropika

Musim kering
Musim lembap

Ribut

Ribut petirPuting beliung
Siklon tropika (hurikan)
Ribut musim sejukRibut salji

Kerpasan

KabutHujan rebasHujan
Hujan beku
Ketulan hujan batuSalji

Topik-topik

Meteorologi
Peramalan cuaca
IklimPencemaran udara

Portal Cuaca ·

Ribut petir adalah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.

Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.

Klasifikasi ribut petir[sunting | sunting sumber]

Kilat di bandaraya Arlington, berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat

Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilan angin ricih seperti berikut:-

  • Sel tunggal - Ribut petir yang paling banyak berlaku, tidak menghasilkan angin ricih kencang serta kebanyakannya bertahan dalam masa kurang daripada sejam selepas penghasilan kilat yang pertama. Angin kencang tidak terhasil kerana naik-turun udara panas dan sejuk berlaku di tempat yang sama.
  • Berbilang sel - Beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya, terdapat 2 zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft} dan zon udara sejuk turun (downdraft). Akibatnya, angin ricih yang kencang mula dihasilkan. Hujan yang turun juga tidak seragam, dengan terdapat bahagian yang menghasilkan hujan lebat tetapi terdapat juga bahagian yang tidak menghasilkan hujan.
  • Garis badai - Garis badai terbentuk apabila kelompok-kelompok awan ribut petir berkumpul dan membentuk satu garisan.
  • Supersel - Supersel adalah jenis ribut petir yang sangat besar, berkemungkinan menghasilkan angin puting beliung yang dahsyat (kategori F3 ke atas) serta menghasilkan angin kencang melebihi 130 km/j, di samping menghasilkan hujan air batu berdiameter besar serta banjir kilat.

Ribut petir dahsyat[sunting | sunting sumber]

Awan pentas yang dikaitkan dengan ribut petir di Enschede, Belanda

Ribut petir dahsyat mempunyai sifat-sifat berikut:-

  • Angin kencang melebihi 92 km/j
  • Hujan air batu berdiameter 1.5 cm ke atas
  • Berkemungkinan berlaku puting beliung
  • Panahan kilat awan ke bumi yang sangat kerap
  • Hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat

Fasa pembentukan ribut petir[sunting | sunting sumber]

Tstorm-tcu-stage.jpg Tstorm-mature-stage.jpg Tstorm-dissipating-stage.jpg
Rajah aliran udara semasa pembesaran awan kumulus Rajah aliran udara semasa peringkat matang Rajah aliran udara semasa peringkat penyingkiran
Gambar rajah menunjukkan proses pembentukan ribut petir

Terdapat 3 fasa utama dalam kejadian ribut petir:-

  • Pembesaran awan kumulus - Kebanyakan ribut petir mula terbentuk apabila awan kumulus mula membesar secara menegak. Pancaran matahari menyebabkan air mengewap dan "diangkat" naik ke langit. Awan kumulus akan terus membesar sehingga ketinggiannya melepasi takat beku serta udara panas yang naik tidak lagi mampu mengangkat wap air. Pada tahap inilah bahagian atas awan akan terserak, memberikan bentuk rakap kepada awan dan awan tersebut bertukar menjadi awan kumulonimbus.
  • Peringkat matang - Bahagian atas awan yang menyejuk menyebabkan wap air terpeluwap sehingga membentuk partikel ais. Partikel ais yang berat itu akan jatuh sebagai hujan, membawa bersama udara sejuk turun. Oleh kerana pada peringkat ini berlaku proses turun-naik udara di dalam awan secara serentak, gangguan berlaku di dalam awan, menghasilkan petir, kilat dan angin ricih. Sekiranya angin ricih yang kencang berlaku, awan ribut petir itu berkemungkinan akan membentuk puting beliung. Jika tiada angin ricih, hanya hujan, kilat dan petir sahaja yang terhasil dan akan berakhir dalam masa yang singkat.
  • Peringkat penyingkiran - Oleh kerana hujan yang turun telah menyejukkan udara di kawasan yang terlibat, tiada lagi aktiviti udara panas naik ke awan. Oleh kerana kebanyakan daripada kelembapan di dalam awan ribut sudah disingkirkan, ribut petir tidak dapat bertahan dan akan berakhir.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]