Kampung Rinching Hulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rinching Hulu)

Kampung Rinching Hulu terletak di selatan bandar Semenyih, sebelum sampai ke pekan Beranang. Kampung Rinching Hulu merupakan sebuah kampung yang terletak di kiri dan kanan jalan dari Semenyih ke Beranang, kira-kira 5 km dari bandar Semenyih.

Kampung ini merupakan kampung Melayu tradisional dan terletak dalam lingkungan Tanah Rezab Melayu. Sebuah sungai yang berhampiran bernama Sungai Rinching yang lebarnya kira-kira 3 meter dan airnya tidak dalam, cuma setengah meter sahaja.

Sebagai kampung tradisional, penduduk Melayu yang kebanyakannya keturunan Rawa dan Jawa serta Sumatra, mereka mengamalkan budaya Melayu yang bercampur dengan Islam seperti barzanji dan cukur jambul apabila mendapat anak yang baru lahir, kira-kira 2 bulan selepas dilahirkan.