Ringgit Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ringgit Malaysia
ريڠڬيت مليسيا (Tulisan Jawi)
马来西亚令吉 (Cina)
மலேசியா ரின்க்கிட் (Bahasa Tamil)
Reka bentuk syiling siri ketiga dan wang kertas siri keempat ringgit Malaysia diperkenalkan pada tahun 2011
Reka bentuk syiling siri ketiga dan wang kertas siri keempat ringgit Malaysia diperkenalkan pada tahun 2011
Kod ISO 4217 MYR
Pengguna  Malaysia
Kadar inflasi 1.7% [1]
Source Jabatan Statitistik Malaysia, Aug 2009
Subunit
1/100 sen
Simbol RM
Syiling 5, 10, 20, 50 sen
Kertas wang RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100
Pihak pengeluar Bank Negara Malaysia
Laman web www.bnm.gov.my

Ringgit Malaysia (kod matawang: MYR) ialah mata wang Malaysia. Satu ringgit terdiri daripada 100 sen. Wang ringgit dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Asal-usul nama ringgit[sunting | sunting sumber]

Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. Dolar Singapura dan dolar Brunei juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (namun mata wang A.S. dan Australia tetap dolar). Dengan itu, singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM.

Perkataan ringgit dan sen diterima guna sebagai nama rasmi pada Ogos 1975. Sebelum ini, ia dipanggil dollar dan cent dalam bahasa Inggeris . Di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, nilai 10 sen dipanggil satu kupang (atau "poat8" dalam bahasa Hokkien), cth. 50 sen bersamaan 5 kupang (atau "5 poat8" dalam bahasa Hokkien).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Jun 1967, mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh bank pusat yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British pada tara.[2] Mata wang baru ini memelihara segala peringkat nilai pendahulunya kecuali nilai $10,000, serta mewarisi skim warna ringgit lama itu. Pada berpuluh-puluh tahun yang berikutnya, perubahan kecil dilakukan pada wang kertas dan syiling sekali, mulai pengeluaran syiling M$1 pada tahun 1967, hingga penyahwangan wang kertas M$500 dan M$1000 pada 1990-an.

Lambang "$" (atau "M$") diganti dengan "RM" sekitar tahun 1993, namun di peringkat antarabangsa, "MYR" (MY sebagai kod negara Malaysia) lebih diterima umum.

Apabila ringgit Malaysia mengambil tempat ringgit Malaya dan Borneo British pada tara, ringgit baru ini asalnya bernilai 8.57 ringgit sepaun sterling British. Pada November 1967, lima bulan selepas ringgit baru diperkenalkan, mata wang paun turun nilai sebanyak 14.3%. Mata wang baru ini tidak terjejas tetapi wang kertas dolar Malaya dan Borneo British masih ditetapkan pada 8.57 dolar sepaun; oleh itu, wang-wang kertas yang lama ini dikurangkan nilainya kepada 85 sen seringgit.

Sungguhpun wujudnya mata-mata wang baru di Malaysia, Singapura dan Brunei, namun oleh sebab Perjanjian Kesalingbolahtukaran yang dipatuhi oleh ketiga-tiga negara tersebut sebagai bekas anggota sebuah kesatuan mata wang, ringgit Malaysia juga boleh ditukar pada tara dengan dolar Singapura dan ringgit Brunei hingga 8 Mei 1973, ketika kerajaan Malaysia mengundurkan diri daripada perjanjian itu.[3] Lembaga Kewangan Singapura dan Lembaga Mata Wang dan Kewangan Brunei masih memelihara kesalingbolehtukaran dua mata wangnya hingga kini.[3]

Antara tahun 1995 hingga 1997, ringgit diniagakan sebagai mata wang terapung bebas pada sekitar 2.50 sedolar Amerika Syarikat,[4][5] tetapi kemudian menjunam ke bawah paras 3.80 sedolar menjelang tahun akhir 1997,[5] ekoran krisis kewangan Asia Timur pada tahun berkenaan. Pada separuh pertama tahun 1998, mata wang ringgit berubah-ubah antara kadar 3.80 hingga 4.40 sedolar,[6] sebelum Bank Negara Malaysia menetapkan nilai ringgit pada kadar 3.80 sedolar selama hampir tujuh tahun mulai September 1998, sambil membiarkan mata wang ringgit terapung dengan mata-mata wang yang lain.

Kesan kegawatan ekonomi itu, mata wang ringgit susut 50% nilainya berbanding dolar AS pada tahun 1997 hingga 1998, dan juga mengalami susut nilai berbanding mata-mata wang yang lain pada Disember 2001 hingga Januari 2005. Pada 4 September 2008, mata wang ringgit belum mencapai semula nilainya pada tahun 2001 berbanding dolar Singapura (SGD) (2.07 kepada 2.40),[7]) euro (EUR) (3.40 kepada 4.97),[8] dolar Australia (AUD) (1.98 kepada 2.80)[9], dan paun British (GBP) (5.42 kepada 6.10)[10].

Purata tahunan nilai mata wang dunia berbanding dengan ringgit.
1995 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 (setakat 31 Dis) 2011
Dolar Amerika Syarikat 2.5415 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 3.7872 3.6669 3.4356 3.3308 3.5245 3.0646 3.05938
Euro 3.2499 3.5089 3.4025 3.5925 4.2999 4.7267 4.7144 4.6028 4.707 4.8851 4.9040 4.0950 4.2556
Paun British 3.9458 5.7602 5.4802 5.7096 6.2116 6.9511 6.8928 6.7531 6.8748 6.3619 5.5081 4.7575 4.9048
Dolar Singapura 1.7950 2.2034 2.1208 2.1226 2.1807 2.2488 2.2762 2.3082 2.2807 2.3542 2.4237 2.3897 2.4332
Dolar Australia 1.8877 2.20995 1.9647 2.0661 2.4786 2.7997 2.8874 2.7622 2.8796 2.8239 2.7823 3.1174 3.1572
Yen Jepun 0.024593 0.035257 0.031291 0.030395 0.032832 0.035154 0.034377 0.031517 0.029194 0.032351 0.037690 0.037690 0.038407
Yuan China 0.3046 0.4590 0.4591 0.4589 0.4589 0.4591 0.4622 0.4599 0.4519 0.4798 0.5159 0.4642 0.4735
Sumber: x-rates.com

Pada 21 Julai 2005, Bank Negara mengumumkan berakhirnya penetapan dolar AS serta-merta selepas China mengumumkan pemansuhan penetapan renminbi pada dolar AS.[11][12][13] Menurut Bank Negara, Malaysia membenarkan ringgit untuk ditukarkan dalam apungan terurus berbanding beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai ringgit meningkat kepada anggapan nilai pasarannya, namun Bank Negara telah mencampur tangan dalam pasaran kewangan untuk menjaga kestabilan kadar tukaran ringgit.

Ekoran mansuhnya penetapan mata wang, nilai ringgit meningkat kepada serendah 3.16 sedolar AS pada April 2008. Ringgit turut menikmati peningkatan nilai berbanding dolar Hong Kong (HKD) (0.49 kepada 0.44)[14] dan renminbi (CNY) (0.46 kepada 0.45)[15] pada Mei 2008.

Sekitar Mei hingga September 2008, ringgit mengalami penurunan nilai yang mendadak berbanding dolar As ekoran ketidaktentuan politik berikutan pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil yang memenangkan Anwar Ibrahim, kejatuhan harga petrol serta kurangnya campur tangan oleh Bank Negara untuk meningkatkan kadar faedah yang agak rendah (iaitu 3.5% sejak April 2006).[16]. Kesannya, nilai ringgit turun kepada serendah 3.43 sedolar AS pada 4 September 2008,[17]; mata-mata wang utama yang lain, termasuk dolar Hong Kong dan renminbi turut mengalami perubahan mendadak yang sedemikian. Kejatuhan nilai ini menyebabkan ringgit berada di paras yang paling lemah sejak 24 September 2007, dan juga menjadi mata wang Asia Tenggara yang kedua paling hambar pada Jun hingga September 2008.[16]

Syiling[sunting | sunting sumber]

Siri pertama (1967)[sunting | sunting sumber]

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".

Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua.


Siri pertama[1]
Imej Nilai Parameter teknikal Keterangan Tarikh
Hadapan Belakang Diameter Kandungan Sisi Hadapan Belakang tempaan pertama keluaran
1 sen 18 mm Gangsa Kosong Bangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabit Gelaran negara, nilai, tahun ditempa 1967 12 Jun 1967
1 sen Keluli bersalut tembaga 1973  ?
5 sen 16 mm Kupronikel Bersuri Bangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabit Gelaran negara, nilai, tahun ditempa 1967 12 Jun 1967
10 sen 19 mm
20 sen 23 mm
50 sen 28 mm
50 sen Berhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA" 1971  ?
$1 33 mm Berhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA" Bangunan Parlimen, bintang berbucu 14 dan bulan sabit. Bulan sabit dan bintang ini tampak lebih tirus; bulan sabit itu lebih besar dan terletak di kedudukan yang sama dengan Bangunan Parlimen. 1971 1 Mei 1971

Siri kedua (1989)[sunting | sunting sumber]

Siri kedua wang syiling sen diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter dan komposisi siri yang terdahulu, kecuali syiling seringgit. Antara ciri-ciri reka bentuk baru ini termasuk gambar peralatan tradisional Melayu di muka hadapan, serta peneraan bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian atas muka belakangnya. Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.

Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.

Setakat 1 April 2008, berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga, yang mula-mula diumumkan oleh Bank Negara pada tahun 2007 sebagai langkah menyingkirkan syiling 1 sen.[18] Barang-barang dan perkhidmatan individu masih boleh diberi harga berangka kandungan 1 sen sementara jumlah harga muktamad dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat. Misalnya, dua barang yang masing-masing berharga RM4.88 dan RM3.14, maka berjumlah RM8.02, dibundarkan kepada RM8.00. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu (masing-masing kepada RM4.90 dan RM3.15), maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05. Secara amali, barang-barangan individu kekal berharga pada "titik harga" (atau harga psikologi dan harga nombor ganjil) yang berakhir dengan 98 dan 99 untuk memaksimumkan untung pembundaran bagi pihak penjual, terutamanya ketika pembelian barang tunggal. Syiling-syiling 1 sen yang masih diedarkan masih diterima sebagai wang sah untuk pembayaran hingga RM2.00.[19]

Siri kedua[2]
Imej Nilai Parameter teknikal Keterangan Tarikh
Hadapan Belakang Diameter Kandungan Sisi Hadapan Belakang tempaan pertama keluaran
1 sen 18 mm Keluli bersalut tembaga Kosong Rebana ubi Gelaran bank, nilai, tahun ditempa 1989 4 September 1989
5 sen 16 mm Kupronikel Bersuri Gasing Gelaran bank, nilai, tahun ditempa 1989 4 September 1989
10 sen 19 mm Congkak
20 sen 23 mm Bekas sirih dan kapur
50 sen 28 mm Berhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA" Wau
$1 24 mm Tembaga-zink-timah Bersuri Keris dan latar belakang songket Gelaran bank, "$1", tahun ditempa 1989 4 September 1989
$1 Gelaran bank, "1 RINGGIT", tahun ditempa 1993  ?

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Siri ketiga (2011)[sunting | sunting sumber]

Siri ketiga wang syiling sen diumumkan pada 25 Julai 2011, mula-mula dikeluarkan sebagai syiling peringatan untuk menandakan pengeluaran pada awal tahun 2012. Siri ketiga ini bertema "Keunikan Malaysia" dan mendapat ilham daripada motif flora dan fauna yang terdapat pada pelbagai budaya di Malaysia untuk mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan jati diri negara Malaysia. Peringkat-peringkat nilai yang dikeluarkan ialah 5, 10, 20 dan 50 sen. Pada 24 Oktober 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim menamai Poogsan Corporation dari Korea Selatan sebagai pembekal mata wang siri ini. Syiling-syiling ini ditempa di Kilang Syiling Bank Negara di Shah Alam.[20]

Menurut Lim, kos pengeluaran syiling ini dikurangkan sebanyak 49% disebabkan perubahan pada kandungan logam. Perubahan-perubahan lain pula termasuk diameter, warna syiling 20 dan 50 daripada perak kepada kuning, dan reka bentuk baru pada muka hadapan yang lain nilai lain motifnya, empat belas titik yang melambangkan tiga belas negeri dan kolektif Wilayah Persekutuan, dan lima garis melintang yang melambangkan lima prinsip Rukunegara.[21]

Wang syiling 50 sen agak berbeza dengan nilai-nilai yang lain, kerana bentuk bulatnya berlekuk sembilan dan tiada teraan "BANK NEGARA MALAYSIA". Muka hadapan tiada lima garis melintang, sebaliknya diberi ciri keselamatan gambar terpendam di bahagan atas, di mana teraan nilai "50 SEN" kelihatan apabila syiling itu disengetkan sedikit.

Siri ketiga[3]
Imej Nilai Parameter teknikal Keterangan Tarikh
Hadapan Belakang Diameter Jisim Kandungan Sisi Hadapan Belakang tempaan pertama keluaran
5 sen 17.78 mm 1.72 g Keluli tahan karat Kosong 14 titik, lima garis melintang, motif sulur kacang,
motif destar siga Kadazan-Dusun
Gelaran bank, nilai, tahun ditempa, bunga raya 2011 16 Julai 2012
10 sen 18.80 mm 2.98 g Berkisar 14 titik, lima garis melintang,
Corak anyaman Mah Meri.
20 sen 20.60 mm 4.18 g Loyang nikel Kasar 14 titik, lima garis melintang, motif bunga melur di latar depan dan motif destar siga di latar belakang
50 sen 22.65 mm 5.66 g Tembaga bersalut loyang nikel Plain 14 titik, motif sulur kacang dan
garis-garis halus sebagai ciri keselamatan

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Wang kertas[sunting | sunting sumber]

Siri pertama (1967)[sunting | sunting sumber]

Bank Negara Malaysia mula-mula mengeluarkan wang kertas ringgit Malaysia pada Jun 1967, dengan peringkat-peringkat nilai $1, $5, $10, $50 dand $100, diikuti dengan $1000 pada 2 September 1968. Wang kertas Malaysia sejak dahulu sentiasa mengandungi wajah Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, serta tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, Gabenor pertama Bank Negara Malaysia. Pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia menerima ejaan baru Bahasa Malaysia dalam pencetakan wang kertas sementara reka bentuknya kekal. Wang kertas dengan ejaan baru itu diedarkan bersama yang dengan ejaan lama.[22]

Siri pertama[4]
Imej Nilai Warna utama Keterangan Tarikh keluaran
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
$1 Biru Tuanku Abdul Rahman Logo Bank Negara, iaitu Kijang Emas Jun 1967
$5 Hijau
$10 Merah
$50 Biru/Kelabu
$100 Ungu
$1000 Ungu/Hijau Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur 2 September 1968
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri kedua (1982)[sunting | sunting sumber]

Siri kedua dikeluarkan dengan reka bentuk hiasan tradisional pada tahun 1982–1984, dalam tingkat-tingkat nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000. Wang kertas $20 agak jarang ditemui. Wang kertas siri ini masih ditemui sekali-sekala.

Tanda benjol bagi kemudahan orang cacat penglihatan di sudut kiri atas digugurkan pada semakan kedua pada tahun 1986.

Pada tahun 1999, wang kertas RM500 dan RM1000 dinyahwangkan disebabkan krisis kewangan Asian 1997 apabila sejumlah besar wang ringgit dibawa keluar dari negara dan ditukarkan dalam bentuk wang kertas berkenaan. Kesannya, wang-wang kertas ini ditarik keluar dari edaran dan jumlah ringgit yang dibawa keluar dari negara dalam bentuk wang kertas terhad kepada RM1000 seorang.

Pada tahun 1993, wang kertas $1 diberhentikan dan diganti dengan syiling $1.

Siri kedua (a)
Imej Nilai Warna utama Keterangan Tarikh keluaran Catatan
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
$1 Biru Tuanku Abdul Rahman Tugu Negara 1984 dengan tanda buta.
$5 Hijau Istana Negara Lama 1984
$10 Merah Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur 1983
$20 Perang/putih Ibu pejabat Bank Negara Malaysia 1982
$50 Biru/kelabu Muzium Negara 1983
$100 Ungu Masjid Negara 1983
$500 Jingga Bangunan Sultan Abdul Samad 1982
$1000 Biru/hijau Bangunan Parlimen 1984
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.
Siri kedua (b)
Imej Nilai Warna utama Keterangan Tarikh keluaran
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
$1 Biru Tuanku Abdul Rahman Tugu Negara di Kuala Lumpur 1986
$5 Green Istana Negara Lama 1986
$10 Red Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur 1986
$20 Perang/putih Ibu pejabat Bank Negara Malaysia 1986
$50 Biru/kelabu Muzium Negara 1986
$100 Ungu Masjid Negara 1986
$500 Jingga Bangunan Sultan Abdul Samad 1986
$1000 Blue/green Bangunan Parlimen 1986
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri ketiga (1996)[sunting | sunting sumber]

Contoh wang kertas ringgit siri ketiga

Siri wang kertas ketiga dikeluarkan dengan reka bentuk yang bersemangat Wawasan 2020 pada tahun 1996–1999 dalam peringkat-peringkat nilai RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 dan RM100 dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang.

Pada tahun 2000, wang kertas RM1 diperkenalkan semula, ditambah dengan wang kertas RM2 yang kekal sebagai wang sah, dan juga syiling RM1. Syiling RM1 akhirnya dimansuhkan dan dinyahwang pada 7 Disember 2005.

Pada tahun 2004, Bank Negara mengeluarkan wang kertas RM10 yang baru dengan ciri-ciri keselamatan tambahan termasuk jalur holografik yang dinikmati oleh wang kertas RM50 dan RM100 notes. Juga diperkenalkannya wang polimer RM5 dengan jendela lutsinar. Kedua-dua wang kertas baru ini amat seiras dengan reka bentuk masing-masing yang asal dalam siri ketiga. Menurut Bank Negara, semua wang kertas akan dimansuhkan dan diganti dengan wang polimer.

[23]Siri ketiga
Imej Nilai Dimensi Warna Utama Keterangan Tarikh keluaran Status Catatan
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
RM1 120 × 65 mm Biru Tuanku Abdul Rahman Gunung Kinabalu, Gunung Mulu dan wau bulan 8 November 2000 Dalam edaran Kertas
RM2 130 × 65 mm Ungu lembut Menara Kuala Lumpur dan satelit MEASAT 5 Februari 1996 Ditarik balik Kertas
RM5 135 × 65 mm Hijau Koridor Raya Multimedia, KLIA dan Menara Berkembar Petronas 27 September 1999 Ditarik balik Kertas
26 Oktober 2004 Dalam edaran Polimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM10 140 × 65 mm Merah Tren Putra LRT, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan kapal MISC 19 Januari 1998 Ditarik balik Kertas (tanpa jalur holografik)
5 Januari 2004 Dalam edaran Kertas (dengan jalur holografik)
RM50 145 × 69 mm Biru/Kelabu Perlombongan, pelantar minyak Petronas 20 Julai 1998 Dalam edaran Kertas (dengan jalur holografik)
RM100 150 × 69 mm Ungu Barisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton 26 Oktober 1998 Dalam edaran Kertas (dengan jalur holografik)
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri keempat (2008, 2012)[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2008, Bank Negara mengeluarkan satu lagi wang kertas RM50 dengan reka bentuk baru, yang diedarkan mulai 30 Januari 2008. Sebelum itu, 20,000 lagi wang kertas sedemikian dalam pembungkusan khas diedarkan oleh pihak bank pada 26 Disember 2007.

Wang kertas RM50 yang serba baru ini mengekalkan warna utama hijau-biru, tetapi direka dengan tema baru, yakni "Misi Nasional", yang menyampaikan hasrat Malaysia untuk "meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara", sejajar dengan transformasi ekonomi Malaysia ke arah kegiatan yang yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor-sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Potret ukir benam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman, dikekalkan di bahagian kanan sementara bunga kebangsaan, iaitu bunga raya, ditampilkan di tengah muka hadapan wang kertas. Corak-corak anyaman songket pada latar belakang dan sisi wang kertas ini, ditampilkan untuk mencerminkan kraf tangan dan sulaman tekstil Melayu tradisional.[24] 50 juta helai wang kertas RM50 baru yang pertama menampilkan gambar Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, memasyhurkan kemerdekaan Tanah Melayu, dan juga logo sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 di muka belakang.[24] Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas ini ialah potret tera air Yang di-Pertuan Agong, jalur keselamatan, tulisan huruf mikro, unsur-unsur pendarfluor yang hanya kelihatan di bawah cahaya ultraungu, imej terpendam berwarna-warni yang berubah warna apabila dipandang dari sudut yang berbeza, dan jalur holografik di sisi wang kertas serta imej yang hanya kelihatan melalui kesan moiré demi mencegah pemalsuan secara fotokopi.[24] Pengedaran edisi pertama wang kertas RM50 yang baru ini terpaksa dikurangkan oleh Bank Negara disebabkan banyaknya mesin juruwang automatik yang tidak dapat menerimanya. Pada 15 Julai 2009, Bank Negara mengeluarkan semula siri baru ini untuk edaran umum, tanpa logo Ulang Tahun ke-50 itu. Edisi ini disertakan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, seperti unsur pendarflour nombor dwiwarna dan gentian keselamatan.[25]

Pada Mei 2011, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri wang kertas yang baru sebagai ganti siri ketiga. Antara yang menarik ialah kembalinya wang kertas RM20 yang tiada dalam siri ketiga.[26] Reka bentuk baru ini diumumkan pada 21 Disember 2011, dan wang-wang kertas ini dijangka beredar pada separuh kedua tahun 2012. Wang kertas siri baru ini adalah wang sah dan akan beredar di samping siri yang sedia ada, tetapi siri ketiga bakal dilupuskan secara beransur-ansur. Semua peringkat nilai dalam siri ini akan mengekalkan potret Tuanku Abdul Rahman.[27] Wang kertas ini dibekalkan oleh Crane AB dari Sweden, Giesecke & Devrient GmbH dari Jerman, Oberthur Technologies dari Perancis dan Orell Fussli dari Switzerland.[20]

Siri keempat[28]
Imej Nilai Dimensi Warna utama Substrat Keterangan Tarikh keluaran Catatan
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
RM1 150 × 69 mm Biru Polimer Tuanku Abdul Rahman dengan bunga kebangsaan, bunga raya Wau bulan 16 Julai 2012 Dalam edaran
RM5 135 × 65 mm Hijau Burung kenyalang 16 Julai 2012 Dalam edaran
RM10 140 × 65 mm Merah Kertas Rafflesia 16 Julai 2012 Dalam edaran
RM20 145 × 65 mm Jingga Penyu sisik dan penyu belimbing 16 Julai 2012 Dalam edaran
RM50 145 × 69 mm Biru hijau Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pokok kelapa sawit 15 Julai 2009 Dalam edaran
RM100 150 × 69 mm Ungu Gunung Kinabalu dan formasi batu lembah Gunung Api 16 Julai 2012 Dalam edaran
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Kenang-kenangan[sunting | sunting sumber]

Wang kertas kenang-kenangan juga dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Sempena Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, keluarnya wang polimer RM50 istimewa yang jarang sekali kelihatan dalam kegunaan am disebabkan kegunaannya sebagai bahan kenang-kenangan. Wang kertas ini dicetak oleh Note Printing Australia (NPA).

Bagi siri keempat, para pelanggan juga dapat membelinya dalam tiga set yang berbeza: sepasang wang RM1 dan RM5, satu set wang RM1, dan set penuh wang RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 tiada lagi membawa logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50.

Kenang-Kenangan
Imej Nilai Dimensi Warna Utama Keterangan Tarikh keluaran Catatan
Hadapan Belakang Hadapan Belakang
RM50 152 × 76 mm Kuning dan hijau Tuanku Abdul Rahman, latar langit Kuala Lumpur (dengan Menara Berkembar Petronas) Kompleks Sukan Bukit Jalil 1 Jun 1998 Polimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM50 145 × 69 mm Biru dan hijau Tuanku Abdul Rahman dengan bunga raya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan logo Hari Kemerdekaan ke-50, pokok kelapa sawit 26 Disember 2007 Siri keempat kenang-kenangan tidak lagi dikeluarkan, dikenali dengan tepi kuning di kedua-dua sisi (AA 0000001 hingga AA 0020000). Awalan AA 0020001 hingga AE untuk edaran umum.
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kira-kira 30% barangan dikawal harganya (ang. 2010) (The World Factbook) Diarkibkan 24 Disember 2009 di WebCite
  2. International Economics -Historial Exchange Rate Regime of Asian Countries
  3. 3.0 3.1 "The Currency History of Singapore". Monetary Authority of Singapore. 2007-04-09. http://www.mas.gov.sg/currency/currency_info/Heritage_Collection.html. Capaian 2008-07-03. "Official Currencies of The Straits Settlements (1826-1939); Currencies of the Board of Commissioners of Currency, Malaya (1939-1951); Currencies of the Board of Commissioners of Currency, Malaya and British Borneo (1952-1957); Currencies of the Independent Malaya (1957-1963); On 12 June 1967, the currency union which had been operating for 29 years came to an end, and the three participating countries, Malaysia, Singapore and Brunei each issued its own currency. The currencies of the 3 countries were interchangeable at par value under the Interchangeability Agreement until 8 May 1973 when the Malaysian government decided to terminate it. Brunei and Singapore however continue with the Agreement until the present day." 
  4. "Monthly Average Graph (Malaysian Ringgit, American Dollar) 1995". x-rates.com. http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1995.html. Capaian 2008-01-02. 
  5. 5.0 5.1 "Monthly Average Graph (Malaysian Ringgit, American Dollar) 1997". x-rates.com. http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1997.html. Capaian 2008-01-02. 
  6. "Monthly Average Graph (Malaysian Ringgit, American Dollar) 1998". x-rates.com. http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1998.html. Capaian 2008-01-02. 
  7. "Singapore Dollar to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=SGD&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-09-04. 
  8. "Euro to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=EUR&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-09-04. 
  9. "Australian Dollar to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=AUD&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-09-04. 
  10. "British Pound to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=GBP&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-09-04. 
  11. "2006 Investment Climate Statement -- Malaysia". U.S. State Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-02. http://web.archive.org/web/20080102142933/http://www.state.gov/e/eeb/ifd/2006/62012.htm. Capaian 2008-01-03. 
  12. "Malaysia: Economic and political situation (2005)". UK Trade & Investment. https://www.uktradeinvest.gov.uk/ukti/appmanager/ukti/countries;jsessionid=GB0x53Z22QWNxd6ZQxVT7TsnQCRJvvB1yY9dFyQGcN1fVzjZ4VRJ!-538976612!-1463466175?_nfpb=true&portlet_3_5_actionOverride=%2Fpub%2Fportlets%2FgenericViewer%2FshowContentItem&_windowLabel=portlet_3_5&portlet_3_5navigationPageId=%2Fmalaysia&portlet_3_5navigationContentPath=%2FBEA+Repository%2F327%2F226122&_pageLabel=CountryType1. Capaian 2008-01-03. [pautan putus]
  13. Lenard, David M (2005-07-23). "Beijing's 'Thursday surprise'". Asia Times Online. http://www.atimes.com/atimes/China/GG23Ad05.html. Capaian 2008-01-03. 
  14. "Hong Kong Dollar to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=HKD&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-05-07. 
  15. "Chinese Yuan to Malaysian Ringgit Exchange Rate". Yahoo! Finance. http://finance.yahoo.com/currency/convert?from=CNY&to=MYR&amt=1&t=5y. Capaian 2008-05-07. 
  16. 16.0 16.1 Yong, David (2008-09-04). "Malaysian Ringgit Will Be a `Washout', Institute Says (Update2)". Bloomberg.com. http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=avjWue5eZMTE. Capaian 2008-09-04. 
  17. "Monthly Average Graph (Malaysian Ringgit, American Dollar) 2008". x-rates.com. http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist2008.html. Capaian 2008-09-04. 
  18. "Doing away with one-sen coin payment", The Star, 2007-11-14. Dicapai pada 2007-11-14. 
  19. "Soalan Lazim Mengenai Mekanisme Penggenapan", Bank Negara Malaysia. Dicapai pada 2008-04-08. 
  20. 20.0 20.1 Giedroyc, Richard (2011-12-14). "Malaysia Names New Currency Producers". http://www.numismaster.com/ta/numis/Article.jsp?ad=article&ArticleId=24457. Capaian 2012-01-07. 
  21. Bank Negara Malaysia (2011-07-25). "Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia". http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2299&lang=bm. Capaian 2011-10-04. 
  22. Bank Negara Malaysia (2007). "The Malaysian Currency : Circulation Notes - Past Series". http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=9&pg=17&ac=66. Capaian 2012-01-07. 
  23. BNM.gov.myDiarkibkan 17 Januari 2010 di WebCite
  24. 24.0 24.1 24.2 Bank Negara Malaysia (2007-12-21). "Bank Negara Malaysia Mengeluarkan Reka Bentuk Baharu bagi Wang Kertas RM50 untuk Memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia". http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1552&lang=bm. Capaian 2012-01-07. 
  25. "Bank Negara Malaysia Mengeluarkan Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu", Bank Negara Malaysia, 2009-07-15. 
  26. Bank Negara Malaysia (2011-05-23). "Bank Negara Malaysia akan Mengeluarkan Wang Kertas dan Duit Syiling Siri Baharu". http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2266&lang=bm. Capaian 2011-11-27. 
  27. Bank Negara Malaysia (2011-12-21). "Launch of Malaysia's New Currency Series". http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2372. Capaian 2011-12-22. 
  28. Bank Negara Malaysia (2011-12-21). "Distinctively Malaysia - The Fourth Series of Malaysian Banknotes". http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/banknotes/index.htm. Capaian 2011-12-22. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]