Rio Ferdinand
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Rio Gavin Ferdinand | ||
| Tarikh lahir | 7 November 1978 (34 tahun) | ||
| Tempat lahir | Peckham, London, England | ||
| Tinggi | 1.89 m (6 kk 2 in)[1] | ||
| Posisi permainan | Pertahanan tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Manchester United | ||
| Nombor | 5 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1990–1993 1993–1995 |
QPR West Ham United |
||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 1995–2000 1996 2000–2002 2002– |
West Ham United → Bournemouth (dipinjam) Leeds United Manchester United |
127 (2) 10 (0) 54 (2) 184 (6) |
|
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
1997– |
England U21 England |
5 (0) 68 (2) |
|
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19:32, 11 Mei 2008 (UTC). † Kemunculan (Gol). |
|||
Rio Gavin Ferdinand (lahir 7 November, 1978 di Peckham, London) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang merupakan campuran keturunan St Lucia dan Anglo-Irish. Beliau bermain di posisi bek tengah untuk Manchester United didalam Liga Perdana Inggeris dan di tahap antarabangsa untuk pasukan bola sepak kebangsaan England. Beliau telah mempunyai 70 penampilan antarabangsa dan dipilih dalam skuad England dalam tiga Piala Dunia. Sekarang ini beliau merupakan naib kapten bagi skuad kebangsaan England.
Ferdinand memulakan kariernya di pelbagai pasukan remaja, sebelumnya menyertai West Ham United yang mana beliau akhirnya membuat penampilan Liga Perdana pada 1996. Kejayaan dan potensi yang dimilikinya menarik minat Leeds United dan beliau berhijrah ke kelab itu dengan bayaran perpindahan sebanyak £18 million dan menghabiskan dua musim di kelab itu, serta menjadi kapten kelab pada 2001.
Ferdinand menyertai Manchester United pada Julai 2002 dengan bayaran sekitar £30 million. Beliau berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana pertamanya dalam musim pertama di United. Bagaimanapun, gara-gara tidak menghadiri ujian dadah beliau digantung selama lapan bulan dan menyebabkan beliau terlepas separuh daripada musim Liga Perdana ketika itu dan kejohanan Euro 2004. Setelah kepulangannya, beliau menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama United.
Templat:Skuad England Piala Dunia 1998 Templat:Skuad England Piala Dunia 2002
|
|||||||
|
|||||
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan