Robbie Coltrane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Robbie Coltrane
Robbie coltrane150.jpg
Kelahiran Anthony Robert McMillan
30 Mac 1950 (64 tahun)

Robbie Coltrane, OBE (lahir sebagai Anthony Robert McMillan pada 30 Mac 1950) ialah seorang pelakon filem dan televisyen Scotland.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Coltrane dilahirkan di Rutherglen, South Lanarkshire dan merupakan anak kepada seorang doktor. Dia ialah cicit kepada ahli perniagaan Scotland Thomas W. Howie. Dia diberi pendidikan di Kolej Glenalmond, di Perth dan Kinross, Sekolah Seni Glasgow, dan Kolej Pendidikan Moray House di Edinburgh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Coltrane mula berlakon ketika diambang usianya dua puluh tahun, dan menggunakan nama pentas Coltrane (sebagai penghargaan kepada saxofonis jazz John Coltrane) dan bekerja dalam bidang teater dan komedi. Mengadakan kemunculan pada tahun 1981 dalam siri komedi televisyen BBC A Kick Up the Eighties, kemahiran berjenakanya turut mendapatkannya peranan dalam siri The Comic Strip Presents (1982) dan dia juga adalah salah seorang bintang dalam siri Laugh? I Nearly Paid My Licence Fee (1984).

Coltrane kemudian beralih kepada bidang filem, dan berjaya mendapatkan peranan dalam beberapa filem seperti Death Watch (1980), Scrubbers (1983), Krull (1983), Absolute Beginners (1986), Mona Lisa (1986) dan muncul sebagai "Annabelle" dalam The Fruit Machine (1988).

Coltrane juga mendapat peranan sebagai seorang manusia separuh gergasi, Rubeus Hagrid dalam filem-filem Harry Potter (2001-kini). J.K. Rowling, pengararang siri Harry Potter pernah menyatakan yang watak Hagrid adalah berdasarkan kepada keperibadian Coltrane.

Sebahagian filem-filem lakonan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]