Robert Boyle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robert Boyle
Robert Boyle (1627–1691)
Kelahiran25 Januari 1627
Meninggal dunia30 Disember 1691 (aged 64)
London, England
Terkenal keranaKajian ciri-ciri fizikal gas
Kajian mengenai konsep unsur kimia
Kerjaya saintifik
BidangFizik, Kimia
Dipengaruhi olehRobert Hooke

Robert Boyle (25 Januari 1627 – 30 Disember 1691) merupakan ahli falsafah semulajadi, ahli kimia, fizik, pencipta, dan pakar sains budiman, juga dikenali bagi penulisannya dalam teologi. Beliau paling dikenali bagi mencipta formula bagi hukum Boyle.[2] Sungguhpun kajian dan falsafah peribadinya jelas menunjukkan asasnya dalam tradisi alkimia, pada masa kini beliau dianggap ahli kimia moden pertama, dan dengan itu salah seorang pengasas kimia moden. Antara karyanya, The Sceptical Chymist dilihat sebagai buku batu asas dalam bidang kimia.

Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Boyle dilahirkan di Istana Lismore, di County Waterford, Ireland, anak lelaki ketujuh dan anak ke empat belas kepada Richard Boyle, 1st Earl of Cork. Richard Boyle tiba di Ireland pada tahun 1588 sebagai seorang usahawan ("entrepreneur"), dan mengumpul sejumlah besar hak milik tanah ketika Robert dilahirkan. Ketika masih kanak-kanak, Robert belajar bertutur Latin, Greek dan Perancis. Beliau belumpun berusia lapan tahun apabila, selepas kematian ibunya, beliau dihantar ke Kolej Eton di England, di mana rakan bapanya, Sir Henry Wotton, ketika itu Provost pendidikan. Selepas tinggal lebih tiga tahun di Eton, Robert mengembara di luar negara bersama pengajar Perancis. Mereka melawat Itali pada tahun 1641, dan tinggal di Florence semasa musim sejuk tahun tersebut, belajar "paradox pengkaji bintang agung" Galileo Galilei — Galileo sudahpun tua, tetapi masih hidup di Florence pada in 1641. Kematian Galileo mempengaruhi Boyle untuk belajar astronomi dan mekhanik.

Tahun pertengahan[sunting | sunting sumber]

Boyle kembali ke England dari Tanah Besar Eropah ("Continent") pada pertengahan 1644 dengan minat mendalam mengenai sains.[3] Bapanya meninggal pada tahun sebelumnya dan meninggalkannya Stalbridge manor di Dorset, bersama beberapa harta tanah di Ireland. Dari masa itu, beliau menghabiskan hayatnya pada penyelidikan sains, dan mengambil tempat menonjol dalam kumpulan penyelidik, yang dikenali sebagai "Invisible College", yang mengabadikan diri mereka bagi pengembangan "falsafah baru". Mereka sering berjumpa di London, kebiasaannya di Kolej Gresham; sesetengah ahli turut berkumpul di Oxford di mana Boyle tinggal pada 1654. Membaca mengenai pam udara Otto von Guericke pada 1657, beliau menyediakan dirinya bersama pembantunya, Robert Hooke untuk mencipta peningkatan pada pembinaannya, dan menhgasilkan, "mesin Boyleana" atau "Enjin Pneumatical", disiapkan pada 1659, beliau kemudiannya memulakan beberapa uji kaji berkenaan ciri-ciri udara.[2] Tulisan boleh didapati pada dinding University College, Oxford High Street, Oxford di Oxford (kini lokasi Shelley Memorial), menanda tapak Dewan Cross ("Cross Hall") berada sehingga awal 1800-an. Di sini adalah di mana Boyle menyewa bilik daripada pembancuh ubat ("apothecary") kaya pemilik Dewan.

Gambaran mengenai hasil kerja Boyle dengan pam udara pada tahun 1660 di bawah judul New Experiments Physico-Mechanicall, Touching the Spring of the Air, and its Effects.... Antara pengkritik pandangan yang dikemukakan dalam buku ini adalah "Society of Jesus", Franciscus Linus (1595–1675), dan ketika menjawab bangkangan ini, Boyle pertama kali menyebut mengenai hukum Boyle bahawa isipadu gas berubah songsang kepada tekanan gas, yang mana dikalangan penutur bahasa Inggeris biasanya dikaitkan sempena namanya.

Pada tahun 1668 beliau meninggalkan Oxford ke London di mana beliau tinggal di rumah saudara perempuannya, Lady Ranelagh, di Pall Mall, London.

Tahun berikutnya[sunting | sunting sumber]

Plak di tapak uji kaji Boyle dan Hooke di Oxford.

Menjelang tahun 1689 kesihatannya, yang tidak pernah kuat, mulai gagal dengan serius dan beliau semakin mengundurkan diri daripada pertemuan awam, menghentikan perhubungannya dengan Royal Society, dan mengumumkan keinginannya bagi dikecualikan daripada menerima tetamu, "kecuali pada keadaan amat luar biasa", pada petang Selasa dan Jumaat, dan petang Rabu dan Sabtu. Secara perlahan beliau ingin "mengembalikan semangatnya, ruang kertas kerjanya", dan menyediakan penyiasatan kimia penting yang beliau bercadang untuk ditinggalkannya sebagai "sejenis warisan Hermetik kepada jurus kajian dalam seni itu", tetapi yang beliau tidak dedahkan sifatnya. Kesihatannya semakin merosot pada 1691, dan beliau meninggal pada 30 Disember tahun yang sama, hanya seminggu selepas kematian saudara perempuannya yang beliau tinggal bersama selama lebih dua puluh tahun. Robert Boyle meninggal akibat lumpuh. Beliau ditanam diperangkaran gereja "St Martin's in the Fields", ucapan pengkebumiannya dibacakan oleh sahabatnya Bishop Gilbert Burnet. Dalam wasiatnya, Boyle meninggalkan siri Syarahan yang dikenali sebagai Syarahan Boyle.

Penyiasatan saintifik[sunting | sunting sumber]

Pam udara Boyle.

Kelebihan besar Boyle sebagai penyiasat saintifik adalah beliau mengamalkan prinsip yang diutarakan oleh Francis Bacon dalam Novum Organum. Sungguhpun begitu, beliau tidak mengakui sebagai pengikut Bacon, maupun sebarang pengajar yang lain. Dalam beberapa kejadian, beliau menyebut bahawa agar beliau mampu mengekalkan penilaiannya bebas tanpa terikat dengan sebarang teori falsafah moden, sehingga beliau "dibekalkan dengan uji kaji" bagi membantu beliau menilaikannya, beliau menjauhi sebarang kajian berkenaan sistem atom, dan Cartesian, malah Novum Organum itu sendiri, sungguhpun beliau mengakui bagi "merujuk sepintas lalu" kepadanya berkenaan beberapa perincian. Tidak ada yang lebih asing kepada sifat mentalnya daripada hipotesis berbelit ("spinning of hypotheses"). Beliau mengangap pengambilan pengetahuan merupakan pencapaian pada dirinya sendir, dan akibatnya beliau mendapat pandangan meluas berkenaan matlamat pencarian saintifik berbanding apa yang didapati oleh mereka beberapa abad sebelum dirinya. Ini, bagaimanapun tidak bererti beliau tidak memperdulikan pengunaan pratikal sains maupun beliau membenci pengetahuan yang kemungkinannya digunakan.

Boyle merupakan pengamal alkhemi; dan percaya kemungkinan tranmutasi logam, beliau melakukan uji kaji dengan harapan melaksanakannya; dan beliau merupakan orang bagi membatalkan statut Henry IV bagi multiplying gold and silver pada tahun 1689. Dengan semua kerja penting yang dicapainya dalam fizik – the enunciation of hukum Boyle, jumpaan bagi peranan udara dalam penghasilan bunyi, dan penyiasatan berkenaan kuasa melampai air membeku, berkenaan graviti khusus ("specific gravity") dan kuasa biasan, pada kristal, berkenaan eletrik, berkenaan warna, berkenaan hidrostatik, dll. – kimia merupakan kajian utama dan kegemarannya. Buku pertamanya berkenaan tajuk itu merupakan The Sceptical Chymist, diterbitkan pada tahun 1661, dalam mana beliau mengkritik "uji kaji di mana Spagyric kasar cenderung berusaha untuk membuktikan bahawa garam, belerang dan raksa mereka merupakan "Principles of Things" sebenar". Bagi dirinya kimia merupakan sains komposisi sebatian, bukan semata-mata sampingan kepada seni kimia atau fizik. Beliau memajukan pandangan moden bagi unsur sebagai bahan tidak boleh diurai bagi benda; dan pemahaman antar perbezaan antara campuran dan sebatian, beliau membuat kemajuan besar dalam teknik mengesan bahan dalamnya, proses yang dikenalinya sebagai "analisa". Lebih lanjut lagi beliau mencadangkan bahawa unsur akhirnya terdiri daripada zarah subatomik pelbagai saiz dan jenis, dalam mana, bagaimanapun, ia tidak dapat diselesaikan dalam sebarang cara. Kimia gunaan berterima kasih kepadanya bagi kaedah lebih baik dan bagi perkembangan pengetahuan mengenai bahan individual. Beliau turut mengkaji kimia pembakaran dan pernafasan, dan melakukan uji kaji dalam physiologi, di mana, bagaimanapu, beliau dihalang oleh "perasaan sayang kepada semulajadi" yang menghalang dirinya dari melakukan pembedahan anatomi, terutama pada haiwan hidup, sungguhpun beliau tahu ia "amat berguna".

Selain sibuk sebagai ahli falsafah semula jadi, Boyle menghabiskan banyak masa kepada teologi, menunjukkan kecenderungan ke arah pratikal dan tidak menghiraukan polemik kontroversi. Semasa pemulihan Inggeris beliau diterima baik di istana, dan pada tahun 1665 memungkinkan beliau menerima kedudukan sebagai provostship bagi Kolej Eton, jika beliau menyertai paderi; tetapi beliau menolak berasaskan bahawa penulisannya berkenaan keagamaan lebih berkesan sekiranya ia ditulis oleh orang awam dan bukannya dari paderi berbayar Gereja. Sebagai direktor Syarikat India Timur beliau menghabiskan sejumlah besar wang bagi pengembangan agama Kristian di Timur, menyumbang dengan mudah kepada masyarakat mubaligh, dan membiayai penterjemahan Bible atau sebahagian darinya kedalam pelbagai bahasa. Beliau mengasaskan Syarahan Boyle, bertujuan mempertahankan agama Kristian dari orang yang dianggapnya sebagi kafir ganas "notorious infidels, terutamanya atheist, Deism, Pagan, Yahudi dan Muslim", dengan syarat bahawa pertikaian sesama Kristian tidak disebutkan. Pada tahun 2004, Syarahan Boyle dibangkitkan kembali di London.[4]

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Boyle adalah tinggi, kurus dan penampilan pucat. Tubuhnya tidak sasa, dan sepanjang hiyatnya beliau menderita kesihatan yang lemah dan semangat rendah. Sungguhpun hasil kerja saintifiknya menjamin reputasi luar biasa di kalangan semasanya, perwatakan peribadi dan kebaikannya, sifat sosialnya yang menarik, sifat lucu dan daya perbualannya, menarikkan dirinya pada khayalak besar sahabat rapat. Beliau tidak pernah berkahwin. Penulisannya amat banyak, dan stailenya adalah jelas dan terus pada matlamatnya, sungguhpun tidak dapat disangkal banyak perkataan.[5]

Kerja pentingnya[sunting | sunting sumber]

Muka hadapan The Sceptical Chymist (1661).
Flask aliran-diri Boyle, mesin pergerakan kekalnya, kelihatannya mengisi diri melalui tindakan siphon("pergerakan kekal hidrostatik").[6] Sebenarnya ini adalah mustahil; siphon memerlukan "pengeluaran" lebih rendah berbanding "kemasukan".

Berikut merupakan sebahagian hasil kerjanya yang penting:

  • 1660 – New Experiments Physico-Mechanical: Touching the Spring of the Air and their Effects
  • 1661 - The Sceptical Chymist Diarkibkan 2008-05-10 di Wayback Machine
  • 1663 – Considerations touching the Usefulness of Experimental Natural Philosophy (followed by a second part in 1671)
  • 1664 – Experiments and Considerations Touching Colours, with Observations on a Diamond that Shines in the Dark
  • 1665 – New Experiments and Observations upon Cold
  • 1666 – Hydrostatical Paradoxes
  • 1666 – Origin of Forms and Qualities according to the Corpuscular Philosophy
  • 1669 – A continuation of his work on the spring of air
  • 1670 – demonstrated that a reduction in ambient pressure could lead to bubble formation in living tissue. This description of a viper in a vacuum was the first recorded description of decompression sickness.[7]
  • 1670 – tracts about the Cosmical Qualities of Things, the Temperature of the Subterraneal and Submarine Regions, the Bottom of the Sea, &c. with an Introduction to the History of Particular Qualities
  • 1672 – Origin and Virtues of Gems
  • 1673 – Essays of the Strange Subtilty, Great Efficacy, Determinate Nature of Effluviums
  • 1674 – two volumes of tracts on the Saltiness of the Sea, Suspicions about the Hidden Realities of the Air, Cold, Celestial Magnets, Animadversions on Hobbes's Problemata de Vacuo
  • 1676 – Experiments and Notes about the Mechanical Origin or Production of Particular Qualities, including some notes on electricity and magnetism
  • 1678 – Observations upon an artificial Substance that Shines without any Preceding Illustration
  • 1680 – the Aerial Noctiluca
  • 1682 – New Experiments and Observations upon the Icy Noctiluca
  • 1682 – a further continuation of his work on the air
  • 1684 – Memoirs for the Natural History of the Human Blood
  • 1685 – Short Memoirs for the Natural Experimental History of Mineral Waters
  • 1686 – A Free Enquiry into the Vulgarly Received Notion of Nature
  • 1690 – Medicina Hydrostatica
  • 1691 – Experimentae et Observationes Physicae

Antara penulisan keagamaan dan falsafahnya adalah:

  • 1648/1660 – Seraphic Love, ditulis pada 1648, tetapi tidak diterbitkan sehingga 1660
  • 1663 – Essay mengenai Stail Holy Scriptures
  • 1664 – Excellence of Theology compared with Natural Philosophy
  • 1665 – Occasional Reflections upon Several Subjects, yang diperbodohkan oleh Swift dalam A Meditation Upon a Broom-Stick, dan oleh Butler dalam An Occasional Reflection on Dr Charlton's Feeling a Dog's Pulse di Kolej Gresham
  • 1675 – Some Considerations about the Reconcileableness of Reason and Religion, with a Discourse about the Possibility of the Resurrection
  • 1687 – The Martyrdom of Theodora And Didymus
  • 1690 – The Christian Virtuoso

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Deem, Rich (2005). "The Religious Affiliation of Robert Boyle the father of modern chemistry. From: Famous Scientists Who Believed in God". adherents.com. Dicapai pada 2009-04-17.
  2. ^ a b Acott, Chris (1999). "The diving "Law-ers": A brief resume of their lives". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 29 (1). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Dicapai pada 2009-04-17.
  3. ^ See biographies of Robert Boyle at [1], [2] Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine, [3] dan [4] .
  4. ^ "The Boyle Lecture". St. Marylebow Church.
  5. ^ Encyclopædia Britannica (1911)
  6. ^ Arthur W. J. G. Ord-Hume (2006). Perpetual Motion: The History of an Obsession. Adventures Unlimited Press. ISBN 1931882517.
  7. ^ Acott, C. (1999). "A brief history of diving and decompression illness". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 29 (2). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2009-04-17.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Stephen Shapin and Simon Schaffer, Leviathan and the Air-Pump.
  • Lawrence Principe, The Aspiring Adept: Robert Boyle and His Alchemical Quest
  • John F Fulton, A Bibliography of the Honourable Robert Boyle, Fellow of the Royal Society. Second edition. Oxford: At the Clarendon Press, 1961.

Hasil kerja Boyle di talian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]