Robert Johnson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Robert Johnson
Gambar studio Robert Johnson, c. 1935—satu daripada tiga gambar yang sah diterbitkan
Gambar studio Robert Johnson, c. 1935—satu daripada tiga gambar yang sah diterbitkan
Latar belakang
Nama lahir Robert Leroy Johnson
Kelahiran 8 Mei 1911(1911-05-08)
Hazlehurst, Mississippi
Kematian 16 Ogos 1938 (umur 27)
Greenwood, Mississippi
Genre Delta blues, folk blues
Pekerjaan Pemuzik, penulis lagu
Instrumen Gitar, penyanyi, harmonika
Tahun aktif 1929–38
Instrumen utama
Gibson L-1

Robert Leroy Johnson (8 Mei 1911 – 16 Ogos 1938) ialah seorang ahli muzik dan penyanyi blues. Rakaman utamanya sekitar tahun 1936–37 menunjukkan gabungan bakat menyanyi, memetik gitar dan menulis lagu yang mempengaruhi generasi ahli muzik terkemudian. Kehidupan Jonson yang kabur, tidak didokumentasi dan kematian pada usia 27 tahun menimbulkan legenda, termasuklah mitos Faust yang Johnson menjual rohnya di persimpangan jalan (crossroads) bagi mencapai kejayaan. Sebagai seorang artis yang berpindah merata tempat dan yang mempersembahkan muziknya di jalanan, juke joint (kedai arak di mana diadakan nyanyian dan tarian), Johnson tidak mengecap kejayaan komersial atau sanjungan orang ramai semasa hayatnya.

Piring hitam rakaman Johnson tidak mencapi penjualan tinggi semasa hayatnya. Karyanya hanya didengar khalayak ramai selepas pnegeluaran semula rakamannya pada tahun 1961 dengan rekod LP King of the Delta Blues Singers. Johnson diiktiraf sebagai pakar blues, khususnya Delta blues. Beliau dikatakan oleh pemain gitar rock dikatakan sebagai pengaruh besar; Eric Clapton menggelar Johnson sebagai "penyanyi blues yang terpenting yang pernah hidup."[1][2] Johnson dilantik kepada Rock and Roll Hall of Fame sebagai "Early Influence" (pengaruh awal) pada majlis lantikan pertama pada tahun 1986.[3] Pada tahun 2003, David Fricke memberi Johnson pangkat kelima dalam senarai 100 pemain gitar terhebat majalah Rolling Stone.[4]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini Robert Johnson dianggap pakar blues. Keith Richards daripada The Rolling Stones berkata pada tahun 1990, "Anda mahu tahu berapa unggulnya blues? Ini dia"[5] Namun, Elijah Wald, dalam bukunya Escaping the Delta, berkata, dalam hayatnya Johnson lebih dihormati kerana kebolehannya bermain dalam gaya yang meluas—dari gitar slaid country blues, ke jaz dan pop—dan keupayaannya memainkan bahagian gitar sejurus selepas mendengar sebuah lagu.[6]

Guitar playing[sunting | sunting sumber]

Johnson dirakam dengan gitar L-1 Gibson. Gibson kemudiannya mengeluarkan semula siri model pengenalan L-1 sebagia penghormatan kepada Johnson.

Johnson juga terkenal kerana menggunakan gitar sebagai "suara" tambahan dalam lagu, teknik yang digilap oleh B. B. King dan gitarnya yang diberi nama "Lucille":[7]

". . dalam tradisi muzik Afrika dan Afro-Amerika, terdapat tradisi alat muzik bercakap, bermula dengan gendang ... blues satu tali dan kemudiannya gitar enam tali dengan menggunakan slaid; ia menjadi suara gandingan ... dalam persembahan ... "
—Bill Ferris, American Public Media[8]

Ahli muzik yang mengaku dipengaruhi Johnson, yakni Keith Richards, Jimi Hendrix, dan Eric Clapton, kesemuanya terletak dalam senarai 10 teratas bersama-samanya. Bes boogie yang beliau cipta dalam lagu I Believe I'll Dust My Broom sekarang menjadi repertoir gitar standard. Pada waktu Johnson menciptanya, baris bes itu sesuatu yang baharu, versi pemain gitar yang hanya dapat didengari dengan permainan piano.[9]

  • Pada tahun 2003 Spin Magazine memberi Johnson pangkat pertama dalam senarai 35 Guitar Gods (35 "Tuhan" Gitar]]Mdash;pada ulang tahun ke-52 kematiannya.[10]
  • Pada tahun 2008 majalah Rolling Stone memberinya pangkat ke-5 dalam senarai 100 Greatest Guitarists of All Time (100 pemain gitar terhebat)&mdash70 tahun selepas kematiannya.[4]
  • Pada tahun 2010 Guitar.com memberinya pangkat ke-9 dalan senarai Top 50 Guitarists of All Time (50 pemain gitar tehebat) Gibson—72 tahun selepas Johnson meninggal dunia.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The 50 albums that changed music". The Observer (UK). July 16, 2006. Diperoleh pada November 1, 2008. 
  2. Booklet accompanying the Complete Recordings box set, Stephen LaVere, Sony Music Entertainment, 1990, Clapton quote on p. 26
  3. "Robert Johnson Inducted at: The 1986 Induction Ceremony". Rock and Roll Hall of Fame and Museum Inc.
  4. 4.0 4.1 "100 Greatest Guitarists". Rolling Stone. November 28, 2008. Diperoleh pada August 15, 2010. 
  5. "The salt of the earth: 1930s–1940s—Pre-electric non-Chicago blues" from liner notes to Johnson's The Complete Recordings, released on Columbia in 1990.
  6. Wald (2004), p. 127
  7. "From The Diddy Bow To Bo Diddley" Dick Gordon interviewing Bill Ferris on 'The Story' with Dick Gordon; November 04 2011.
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan thestory1 tidak disediakan
  9. Wald (2004), p. 136.
  10. "35 Guitar Gods", August 1990, SPIN magazine.
  11. "Top 50 Guitarists of All Time – 10 to 1". Gibson.com. Diperoleh pada June 3, 2010. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Blues World – Booklet No.1 – Robert Johnson – Four Editions, First published 1967
  • Blesh, Rudi (1946) "Jazz Begins" quoted in Marybeth Hamilton (below).
  • Charters, Samuel B (1959). The Country Blues. Rinehart.
  • Charters, Samuel B (1967). The Bluesman. The story of the music of the men who made the Blues. Oak Publications.
  • Charters, Samuel B (1973). Robert Johnson. Oak Publication. ISBN 0-8256-0059-6
  • Edwards, David Honeyboy (1997). The World Don't Owe Me Nothing. The Life and Times of Delta Bluesman Honeyboy Edwards. Chicago Review Press. ISBN 1-55652-368-8
  • Evans, David (1971). Tommy Johnson. Studio Vista. SBN 289 70150
  • Freeland, Tom (2000). Robert Johnson: Some Witnesses to a Short Life in Living Blues no. 150 March/April 200 p. 49
  • Gioia, Ted (2008). Delta Blues. The Life and Times of the Mississippi Masters Who Revolutionised American Music. Norton, ISBN 978-0-393-33750-1
  • Graves, Tom (2008). Crossroads: The Life and Afterlife of Blues Legend Robert Johnson. DeMers Books, ISBN 978-0-9816002-1-5
  • Greenberg, Alan (1983). Love in Vain: The Life and Legend of Robert Johnson. Doubleday Books, ISBN 0-385-15679-0
  • Guralnick, Peter (1989). Searching for Robert Johnson (1989). E. P. Dutton hardcover: ISBN 0-525-24801-3, Plume 1998 paperback: ISBN 0-452-27949-6
  • Komara, Edward (2007). The Road to Robert Johnson, The genesis and evolution of blues in the Delta from the late 1800s through 1938. Hal Leonard. ISBN 0-634-00907-9
  • Marcus, Greil (1975). Mystery Train. E.P. Dutton.
  • Hamilton, Marybeth (2007). In Search of the Blues. Black Voices, White Visions. Jonathan Cape. ISBN 0-224-06018-X
  • Lomax, Alan (1993). The Land Where the Blues Began. Methuen. ISBN 0-413-67850-4
  • Neff, Robert & Anthony Connor (1975). Blues. David R Godine. Quoted in Pearson & McCulloch p. 114.
  • Palmer, Robert (1982) paperback edition. Deep Blues. Macmillan, ISBN 0-333-34039-6
  • Pearson, Barry Lee; McCulloch, Bill (2003). Robert Johnson: Lost and Found. University of Illinois Press, ISBN 0-252-02835-X
  • Schroeder, Patricia R. (2004). Robert Johnson, Mythmaking, and Contemporary American Culture. University of Illinois Press, ISBN 0-252-02915-1
  • Russell, Tony (2004). Country Music records, A Discography, 1921–1942. Oxford. ISBN 0-19-513989-5
  • Townsend, Henry (1999). A Blues Life. As told to Bill Greensmith. University of Illinois Press. ISBN 0-252-02526-1
  • Wald, Elijah (2004). Escaping the Delta: Robert Johnson and the Invention of the Blues. Amistad. ISBN 0-06-052423-5
  • Wardlow, G., & Komara, E. M. (1998). Chasin' that devil music: searching for the blues. San Francisco, Calif: Miller Freeman Books. ISBN 0-87930-652-1
  • Welding, Pete (1966). Robert Johnson. Hell hound on his trail. In Down Beat Music '66: 73–76, 103
  • Wolf, Robert (2004) Hellhound on My Trail: The Life of Robert Johnson, Bluesman Extraordinaire. Mankato, MN: Creative Editions. ISBN 1-56846-146-1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web
Rencana