Robert Kuok Hock Nien
| Robert Kuok Hock Nien 郭鶴年 |
|
|---|---|
| Lahir | 6 Oktober 1923 (89 tahun) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Kediaman | Hong Kong[1] |
| Nama lain | taek |
| Etnik | Bangsa Han |
| Rakyat | Malaysia[1] |
| Pekerjaan | Pengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain |
| Nilai harta kekayaan | ▲ US$ 12.5 bilion (anggaran) (Mac 2011)[1] |
| Pasangan | Ho Poh Lin, 謝碧蓉 |
| Anak | lapan[1] |
Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.[1]
Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok.
Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 "Robert Kuok still Malaysia's richest man". New Straits Times. http://www.nst.com.my/top-news/robert-kuok-still-malaysia-s-richest-man-1.47476. Capaian 17 Februari 2012.