Robert Lau Hoi Chew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk

Roberth Lau Hoi Chew

Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan
Tempoh jawatan
10 April 2009 – 9 April 2010
Didahului oleh Lajim Ukin

Member of the Malaysia Parliament
for P212 Sibu
Tempoh jawatan
1990–2010

Meninggal dunia 9 April 2010
Kuala Lumpur
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional
Pasangan Janet Lau Ung Hie
Anak 3
Pekerjaan Ahli Parlimen

Datuk Robert Lau Hoi Chew adalah seorang ahli politik dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Politik[sunting | sunting sumber]

Robert Lau dipilih sebagai ahli Parlimen Sibu selama 5 penggal (1990, 1995,1999, 2004 dan 2008). Beliau bertanding di kerusi Sibu yang diperuntukkan untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau dipilih menjadi Naib Presiden SUPP. Kemudian dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2004-2008. Pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam rombakan kecil Kabinet.

Lau terkenal sebagai "raja tandas" kerana usahanya memastikan kebersihan di tandas awam di seluruh negara semasa berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Robert Lau Hoi Chew bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sibu, negeri Sarawak. Robert Lau Hoi Chew telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19138 dan majoriti undi 3235.

Calon lawan ialah Wong Ho Leng - DAP mendapat 15,903 undi. Lain-lain ialah Lim Chin Chuang dari PKR dan mendapat 812. Peratus pengundi yang keluar ialah 67.7%. Undi rosak sebanyak 334.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Janet Lau Ung Hie dan mempunyai tiga anak, Alvin Lau Lee Jen, 39, Tammy Lau Lee Teng, 36, dan Pierre Lau Lee Wui, 34.[1]

Beliau berasal dari keluarga perniagaan terkemuka di Sibu. Abangnya, Datuk Lau Hui Siong, ahli perniagaan terkemuka dan pengasas syarikat konglomerat KTS Group, yang terbabit dalam industri kayu dan media termasuk Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily, meninggal dunia pada Oktober 2004, akibat barah.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2010, jam 11.10 pagi Robert Lau meninggal di rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur kerana barah hati sejak 2008. Beliau berulang-alik ke Hospital Selayang untuk dapatkan rawatan susulan. Mendiang diterbangkan dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk disemadikan di Taman Memorial Nirwana, Sibu, Sarawak.

Pilihan raya kecil Sibu 2010 akan diadakan selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. [2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]