Robowatch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Robowatch Technologies Ltd. ialah sebuah syarikat robot keselamatan mudah alih dari Berlin, Jerman. Sepasang robot terkenal keluaran Robowatch telah diberi nama "Ofro" dan "Mosro".

Robot Ofro[sunting | sunting sumber]

Robot Ofro merupakan singkatan dari perkataan off road yang dapat mencapai berat sehingga 50 kilogram dan dapt bergerak hingga 7 kilometer sejam. Robot Ofro merupakan robot pertama dunia yang beroda yang mampu bergerak dalam semua keadaan permukaan selain dari permukaan air berparas tinggi. Bahagian Ban pada bawah Ofro membolehkannya bergerak walaupun pada kawasan tanah dan batuan yang tidak rata, berpasir dan berumput.

Ofro dilengkapi dengan litar kamera tertutup dan alat pengesan pergerakan yang mana jika ia menangkap pergerakan yang mencurigakan ia akan memberitahu anggota polis dan keselamatan. Anggota keselamatan pula boleh memberi arahan kepada pesalah terbabit melalui mikrofon yang dipasang pada badan robot. Badan Robot Ofro telah dipasang dengan perisai besi tahan karat dan tidak mudah dirosakkan.

Robot Ofro pada asalnya diprogramkan dan dicipta untuk menjaga bandar, pelabuhan dan kawasan tentera. Namun atas tujuan meningkatkan tahap keselamatan di pelbagai kawasan, Robot Ofro dan Mosro telah dijual dalam bentuk pakej yang terdiri dari seorang pengawal keselamatan dan sebuah robot. Robot Ofro dan Mosro juga tidak dijual dipasaran bebas untuk tujuan menjaga keselamatan dan mengelakkan dari berlaku kecurian dan manipulasi terhadap sistem.