Rock alternatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rock alternatif (juga dikenali sebagai indie) merupakan sebuah genre muzik rock yang terbit pada 1980an dan popular secara meluas pada 1990an. Di Malaysia, tahun 2008 dikatakan sebagai kebangkitan muzik ini. Kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi menjadi popular pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kugiran seperti OAG telah lebih awal menjadi popular sejak akhir 1990an.

Istilah "alternatif" telah diberi bagi menjelaskan kugiran rock punk yang bebas dan tidak tergolong dalam genre muzik aliran utama masa itu.[1] Sebagai sebuah genre muzik, rock alternatif mengandungi pelbagai subgenre yang muncul daripada arena muzik bebas pada 1980an, seperti Grunge, Britpop, rock gothic, dan pop indie.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Popkin, Helen A.S. (2006). "Alternative to what?" (http). MSNBC.com. Diperoleh pada June 21.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  2. di Perna, Alan. "Brave Noise—The History of Alternative Rock Guitar". Guitar World. December 1995.