Roda Impian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Roda impian.jpg

Roda Impian merupakan salah satu rancangan berbentuk kuiz yang diterbitkan oleh Filem Karya Nusa dan disiarkan di TV3 pada tahun 2009. Rancangan ini pernah disiarkan di Astro Ria pada tahun 1996-2006 dan diulang siar satu minggu kemudian di TV3. Rancangan ini diadaptasi daripada rancangan popular di seluruh dunia, Wheel Of Fortune.

Pengacara pada tahun 2009 ialah Kieran dibantu oleh Fauziah Gous. Pengacara sebelum ini adalah Hani Mohsin dan Halim Othman.

Permainan ini adalah satu permainan yang dapat menguji kemampuan para peserta yang terdiri daripada 3 orang peserta untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam meneka ayat yang terpapar di papan serta memilih huruf-huruf yang dingini. Sebelum memilih huruf, mereka seharusnya memutarkan roda impian untuk mendapatkan markah.

Peserta yang mmpunyai markah tertinggi akan memenangi permainan ini seterusnya mara ke pusingan akhir. Para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditaja pelbagai syarikat. Hadiah misteri juga ditawarkan.

Roda Impian pernah disiarkan kembali di TV3 pada Februari 2009 dengan format dan hos baru. Perubahan yang ada di dalam rancangan ini ialah Pusingan Siapa Cepat.


Kategori permainan di Roda Impian[sunting | sunting sumber]

  • Atas Peta
  • Menu
  • Benda
  • Benda Hidup
  • Orang
  • Nama
  • Aktiviti
  • Sukan


Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Nama Negara Nama Pengacara Nama Rancangan Pembantu Pengacara/Gadis Kotak Huruf
Malaysia Halim Othman (1996-2002), Hani Mohsin (2002-2006), Kieran (2009) Roda Impian Zaida Zainal, Abby Abadi, Eja, Liza AF1
Amerika Syarikat Pat Sajak, Charlie O'Donnell, Jack Clark, M. G. Kelly dan Don Pardo Wheel Of Fortune Vanna White
Malaysia Kieran Roda Impian (TV3) Fauziah Gaos