Roda kemudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roda kemudi klasik yang diperbuat dari kayu.

Roda kemudi atau stereng kemudi sebuah kapal digunakan untuk melaras kedudukan kemudi, bagi mengubah haluan kapal atau bot. Roda kemudi terawal diperbuat dari kayu dan berdiameter antara 50 dan 100 sentimeter.

Roda kemudi lama dihubungkan secara mekanikal dengan kemudi. Seorang jurumudi akan menggerakkan roda kemudi mengikut arah jam untuk menggerakkan kemudi dan kapal itu sendiri ke arah kiri, dan sebaliknya.

Roda kemudi moden dibuat dengan saiz lebih kecil dan dihubungkan dengan kemudi secara hidraulik atau elektronik. Terdapat juga sistem pengemudian berkomputer yang membolehkan kapal dikemudi secara automatik. Segala maklumat dari GPS, arah angin dan arah arus akan diproses oleh komputer untuk menentukan arah haluan kapal dengan tepat.

Ada sesetengah kapal moden tidak lagi menggunakan roda kemudi, tetapi sejenis alat seperti kayu ria yang menggerakkan kemudi secara elektro-mekanikal atau elektro-hidraulik, dan kedudukan kemudi akan ditunjukkan di monitor.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]