Roger Tsien
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roger Yonchien Tsien lahir 1 Februari 1952 di New York, Amerika Syarikat adalah seorang kimiawan Amerika Syarikat berketurunan Cina. Roger merupakan profesor dalam bidang kimia dan biokimia di Universiti California San Diego, Amerika Syarikat. Roger Tsien mendapat Hadiah Nobel untuk bidang kimia tahun 2008 bersama-sama dengan Osamu Shimomura dan Martin Chalfie untuk penemuan mereka dalam pengembangan protein hijau pendarfluor, GFP (green fluorescent protein).