Rohana Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rohana Jalil
Kelahiran
Dara binti Abdul Jalil

(1955-02-18)18 Februari 1955
Meninggal dunia20 Jun 2023(2023-06-20) (umur 68)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Sebab kematianKebocoran usus dan jangkitan kuman
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya, Selangor
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1979–2023
PasanganJahangir Khan (k. 1984–2023)
Anak-anak3 (termasuk Kilafairy)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal

Dara Abdul Jalil atau dikenali dengan nama pentas Rohana Jalil (18 Februari 1955 – 20 Jun 2023) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang telah diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri.[1]

Beliau pernah menghiburkan orang ramai di majlis perkahwinan dan keramaian sebelum menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, dia juga pernah bekerja di kelab untuk menyara keluarga. Beliau juga pernah menyertai pertandingan itu di Johor Bahru sebanyak dua kali, namun kedua-duanya gagal. Pada tahun 1979, beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sekali lagi. Beliau juga tidak menyangka untuk memenangi pertandingan tersebut kerana percubaannya sebelum ini menemui kegagalan.[2] Pada ketika itu, peserta solo terdiri daripada lapan orang manakala peserta berkumpulan terdiri daripada empat buah kumpulan. Beliau telah menerima piala pusingan beserta wang tunai sebanyak $2000 daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat. Beliau juga telah menyatakan hasratnya kepada para pemberita untuk menjadi penyanyi yang terkenal berstatus antarabangsa.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 11:33 malam pada 20 Jun 2023 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kebocoran usus dan jangkitan kuman. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1986 Anugerah Juara Lagu-1 Cinta Yang Terbiar Gantian kepada Jamal Abdillah Persembahan Terbaik Tempat Ketiga (Menang)
1988 Anugerah Juara Lagu-3 Rayuanku Persembahan Terbaik Tempat Kedua (Menang)
1994 Anugerah Juara Lagu 1994 Jangan Main Mata dan Naluri Cinta (duet To’ki) Finalis

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Di Suatu Ketika (1982)
  2. Masih Dalam Ingatan (1987)
  3. Rayuanku (1988)
  4. Resahku (1989)
  5. Kerana Dia Kita Terpisah (1990)
  6. Faez (1991)
  7. Jangan Main Mata (1993)
  8. Jelingan Mata/Lembaran Baru (1995)
  9. Musafir Lalu (1998)

Album pelbagai[sunting | sunting sumber]

  1. Gembira Di-Hari Raya (1979)
  2. Setia Bersama (1983)
  3. Mencipta Lagu Kuala Lumpur (1984)
  4. Irama Ria Hari Raya (1988)
  5. Juara Lagu Patriotik 1989 (1989)
  6. The Greatest Hits: Rohana Jalil & Noorshila Amin (2002)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Pilihan Terbaik (1990)
  2. Koleksi Klasik Original (1999)
  3. Taat (2004)
  4. Memori Hitz (2011)
  5. Teman Semasa Berada (2010)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rohana Jalil Berjaya Menjadi Juara Bintang RTM 1980". 21 Jun 2011. Dicapai pada 8 Disember 2012.
  2. ^ Akmaliah Razak (10 Jun 2012). "Rohana Jalil belum mengalah". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Disember 2012.
  3. ^ "Rohana Jalil Berjaya Menjadi Juara Bintang RTM 1980". 21 Jun 2011. Dicapai pada 8 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Jamal Abdillah
(1979)
Juara Bintang RTM
1980
Diikuti oleh:
Juliza Adzlizan (1983)