Rohaniza Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:DSCN2698.JPG
Rohaniza Roslan.

Lans Koperal Rohaniza Roslan merupakan saksi pendakwa ketujuh dalam kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan penganalisis politik dan pertahanan,Abdul Razak Abdullah Baginda serta dua orang anggota polis dari Unit Tindakan Khas yang mana salah seorang dari anggota polis itu,Cif Inspektor Azilah Hadri adalah kekasihnya.

Wanita ini telah mula menganggotai pasukan polis pada tahun 1998. Dia juga mengatakan yang dia mula mengenali Azilah sejak 1998 dan hubungan mereka masih rapat sehingga kini.

Ketika hari kejadian iaitu pada 19 dan 20 Oktober, Rohaniza masih bekerja di Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Daerah(IPD) Petaling Jaya, Selangor sebelum ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran (D1) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketika malam kejadian, dia telah mengikut teman lelakinya ke rumah Razak Baginda dengan menaiki keretanya. Dia juga adalah satu-satunya wanita terakhir yang melihat Altantuya dibawa pergi oleh pemandu kereta Vitara yang bertopi hijau yang hanya dia kenali sebagai 'kawan Azilah'. Dia pernah ditahan reman berhubung kes ini bermula dari 1 November hingga 14 November 2006.

Dia menceritakan kepada mahkamah bahawa pada jam 1 pagi 20 Oktober 2006, dia telah sampai ke Putrajaya untuk menghantar Azilah yang katanya tujuan Azilah ke sana adalah atas urusan peribadi.


Untuk maklumat lanjut, sila baca Kes Pembunuhan ke atas Altantuya Shaariibuu.