Roket Qassam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Roket Qassam (Bahasa Arab: صاروخ القسامṢārūkh al-Qassām; juga Kassam) adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2010.

Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Pergerakan Jihad Islam Palestin Al Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing.[1]

Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata Palestin menentang Israel semasa Intifada Kedua semasa pertelingkahan Israel–Palestin.[2][3] Sejak 2000 sehingga 2009, roket Qassam telah membunuh 22 penduduk Israel dan seorang rakyat Thailand.[4][5]

Sejarah Qassam[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Roket Qassam dinamakan sempena Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap bersenjata Hamas. Ia dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam, seorang pendakwah bersenjata Syria yang meninggal dunia dalam satu serangan gerila terhadap pihak berkuasa wajib Britain pada tahun 1935 dan menjadi pemangkin bagi pemberontakkan Arab pada tahun 1936.[6][7]

Pelancaran Roket[sunting | sunting sumber]

Penghasilan roket Qassams bermula pada September 2001 sejurus selepas kebangkitan Intifada kedua. Roket Qassam pertama yang dilancarkan adalah Qassam-1, dilancar pada Oktober 2001, dengan jarak maksima 3 kilometer (2 batu) hingga 4.5 kilometer (3 batu).[6] 10 February 2002 merupakan kali pertama Palestin melancarkan roket ke Israel, bukannya ke penempatan Israel di Semenanjung Gaza. Salah satu roket mengenai Kibbutz Saad.[8] Roket Qassam pertama kali mengenai bandar Israel pada 5 March 2002 apabila dua roket menghentam selatan bandar Sderot. Sesetengah roket turut mengenai sejauh pinggir bandar Ashkelon. Jumlah keseluruhan bilangan roket Qassam yang dilancarkan melampaui 1,000 menjelang 9 Jun 2006. Dalam tahun 2006 sendiri, lebih dari 1,000 roket telah dilancarkan. Pada tahun 2008, 1,750 roket telah dilancarkan. Menjelang penghujung Disember 2008, sejumlah 15 orang telah terbunuh akibat roket Qassam sejak serangan bermula pada 2001.[9]

Tindak balas Israel[sunting | sunting sumber]

Roket Qassam dipamerkan di dewan bandar Sderot

Pengenalan roket Qassam mengejutkan ahli politik dan pakar tentera Israel,[10] dan mendapat reaksi yang bercampur-campur.[11] Pada tahun 2006, Kementerian Pertahanan Israel melihat roket Qassam sebagai "lebih kepada ancaman psikologi berbanding fizikal."[12] Pasukan Pertahanan Israel telah bertindak balas akan penggunaan roket Qassam dengan melaksanakan sistem amaran awal "Warna Merah" di Sderot, Ashkelon dan sasaran berisiko tinggi. Sistem ini terdiri daripada radar maju yang mengesan roket ketika ia dilancarkan, dan pembesar suara yang memberi amaran kepada penduduk awam untuk berlindung antara 15 dan 45 saat sebelun hentaman roket[13] sebagai cubaan bagi mengurangkan ancaman dari roket. Sistem yang dikenali sebagai Kubah Besi, direka bagi memintas roket sebelum ia mengenai sasaran, kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi pada Mei 2010.

Reka bentuk Roket dan spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Roket yang dipaparkan
Sisa beberapa jenis roket

Matlamat reka bentuk roket Qassam kelihatannya bagi memudahkan dan mempercepatkan pengilangan, dengan penggunaan komponen dan perkakasan biasa. Bagi matlamat ini, roket ditujah dengan campuran pepejal gula dan potasium nitrat, baja yang mudah didapati. Kepala peledak diisi dengan TNT dan urea nitrat, juga baja biasa, yang diseludup ataupun dikitar semula.[14]

Roket ini terdiri daripada batang selinder keluli, mengandungi ketulan segiempat bahanapi. Kepingan keluli yang membentuk dan menyokong nozzles is spot-welded pada dasar silender. Kepala peledak terdiri daripada kelonsong logam mudah mengelilingi bahan letupan, dan dicetus oleh fius yang dibina menggunakan katrij biasa, spring, dan paku.[14]

Sungguhpun reka bentuk awal menggunakan muncung tunggal yang diskrew pada tapak, roket terkini menggunakan reka bentuk tujuh muncung, dengan muncung ditebuk terus pada kepingan tapak roket. Perubahan ini meningkatkan ketahanan roket pada kecacatan reka bentuk muncung kecil, juga memudahkan penghasilan dengan membenarkan penggunaan mesin penebuk berbanding pengorek "lathe" semasa penghasilan disebabkan saiz muncung yang lebih kecil. Tidak seperti roket lain, muncung belakang tidak mengiring, yang bererti roket tidak berputar pada paksinya semasa terbang. Sungguhpun ini menyebabkan ia kurang tepat, ia memudahkan pembuatan roket dan sistem perlancaran yang diperlukan.[14]

Qassam 1 Qassam 2 Qassam 3
Panjang 79 cm (2 kk 7 in) 180 cm (5 kk 11 in) over 200 cm (6 kk 7 in)
Diameter 6 cm (2.4 in) 15 cm (5.9 in) 17 cm (6.7 in)
Berat 5.5 kg (12 lb) 32 kg (71 lb) 90 kg (198 lb)
Beban letupan 0.5 kg (1.1 lb) 5–7 kg (11–15 lb) 10 kg (22 lb)
Jarak maksima 3 km (1.9 bt) 8–10 km (5.0–6.2 bt) 10 km (6.2 bt)

Roket yang sama[sunting | sunting sumber]

Kumpulan bersenjata Palestin yang lain turut membangunkan roket buatan sendiri. Pihak media umumnya mengelar kesemua roket trejektori tinggi sebagai "roket Qassam" atau "peluru berpandu Qassam", sementara mereka mengelar kebanyakan roket yang dilancarkan dari Lebanon "Katyusha", Katyusha bukan sebagai model khusus tetapi kelas umum roket.

Pusat Maklumat Perisikan dan Pengganas Isreal menganggarkan pada 2007[15] pecahan roket dilancarkan adalah:

34% - Jihad Islam Palestin (Al Quds)
22% - Hamas (Qassam)
 8% - Fatah (Kafah)
 6% - Jawatankuasa Penentangan Popular (al Nasser)
30% - tidak diketahui

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Rocket threat from the Gaza Strip, 2000-2007". Intelligence and Terrorism Information Cente (Israel Intelligence Heritage and Commemoration Center): 33. December 2007. Diarkib daripada asal pada 2011-08-13. http://web.archive.org/web/20110813142405/http://www.terrorism-info.org.il/malam_multimedia/English/eng_n/pdf/rocket_threat_e.pdf. Diperolehi 2010-06-05.
  2. Gaza's rocket threat to Israel, BBC, Jan. 21, 2008
  3. Hamas Must End Attacks Against Civilians, Cease Use of Qassam Rockets, JUNE 8, 2005http://www.hrw.org/en/news/2005/06/08/hamas-must-end-attacks-against-civilians
  4. http://www.reuters.com/article/idUSL9116659._CH_.2400
  5. http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3864628,00.html
  6. 6.0 6.1 "HAMAS rockets". GlobalSecurity.org. Diperoleh pada 11 August 2009. 
  7. "History of the Qassam Rocket". Jewish Policy Center. Diperoleh pada 12 August 2009. 
  8. "Palestinians launch rockets at Israel". Israeli Ministry of Foreign Affairs. 10 February 2002. Diperoleh pada 11 August 2009. 
  9. "Victims of Palestinian Violence and Terrorism since September 2000". Israel Ministry of Foreign Affairs. Diperoleh pada 2008-03-06.  Incidents: June 28, 2004 (2 killed), September 29, 2004 (2 killed), January 15, 2005 (1 killed), June 7, 2005 (3 killed), July 14, 2005 (1 killed), November 15, 2006 (1 killed), November 21, 2006 (1 killed), May 21, 2007 (1 killed), May 27, 2007 (1 killed), February 27, 2008 (1 killed), May 12, 2008 (1 killed)
  10. IMRA - Saturday, July 15, 2006 Historical Survey of Israeli Leaders: Will Rockets Fall?
  11. "Peres: Enough with Qassam hysteria". Ynetnews. 20 June 2006. Diperoleh pada 2007-03-11. 
  12. "Defense Ministry: Trade with China resumed". Ynetnews. 1 March 2006. Diperoleh pada 2007-03-11. 
  13. "Rocket attacks plague Israeli towns". BBC. 28 December 2008. Diperoleh pada 2009-01-05. 
  14. 14.0 14.1 14.2 Lorber, Dr Azriel. "The Growing Threat of the Kassam Unguided Rockets". Diperoleh pada 2009-01-05. 
  15. "Anti-Israeli Terrorism in 2007 and its Trends in 2008". Intelligence and Terrorism Information Cente (Israel Intelligence Heritage and Commemoration Center): 28. May 2008. Diarkib daripada asal pada 2011-05-24. http://web.archive.org/web/20110524120328/http://www.terrorism-info.org.il/malam_multimedia/English/eng_n/pdf/terror_07e.pdf. Diperolehi 2010-06-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]