Rolet Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sepucuk revolver yang digunakan dalam rolet Rusia.

Rolet Rusia (Bahasa Rusia: Русская рулетка, Russkaya ruletka) merupakan sejenis permainan adu nasib yang boleh membawa maut, di mana pemain meletakkan sebutir peluru di dalam sepucuk revolver, memutar silinder, menghalakan muncung revolver di bahagian atas kepala mereka dan seterusnya menarik picu. Istilah "Rusia" merujuk kepada negara di mana permainan tersebut dikatakan berasal, manakala istilah rolet pula merujuk kepada unsur pengambilan risiko serta putaran silinder revolver yang menyerupai perbuatan memusingkan roda rolet.

Bentuk permainan boleh jadi bergantung kepada pemain ataupun motif mereka (seperti menunjukkan keberanian, kebosanan, bunuh diri dsb.), tetapi biasanya sebutir peluru hidup yang dipasang pada revolver 6 peluru menghasilkan kebarangkalian 1/6 (atau lebih kurang 16.67%) untuk peluru tersebut ditembak. Pemain memegang revolver dengan jari telunjuk pada picu dan muncung revolver pada bahagian pelipis. Seterusnya picu ditarik sekali. Tidak kira kedudukan seseorang pemain, masing-masing mempunyai kebarangkalian yang sama. Silinder revolver boleh diputar semula untuk menetapkan semula keadaan permainan, ataupun picu boleh ditarik lagi. Penggunaan revolver yang mempunyai kapasiti peluru yang kurang ataupun penambahan peluru hidup di dalam silinder boleh meningkatkan kebarangkalian bagi seseorang pemain untuk dibunuh ketika permainan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Beberapa kes kematian melibatkan remaja berlaku sejurus selepas pelancaran filem The Deer Hunter menyebabkan pihak polis serta media menyalahkan filem tersebut yang mengandungi adegan rolet Rusia, dengan mengatakan ia mempengaruhi belia.[1]

Variasi[sunting | sunting sumber]

Dengan anggapan bahawa dua pemain secara bergilir-gilir memutar dan menembak revolver agar setiap giliran mempunyai kebarangkalian kegagalan sebanyak 1/6 sehinggalah salah seorang ditembak mati. Jika terdapat lebih daripada 2 pemain, kebarangkalian awal untuk ditembak mati adalah sebanyak 1/6, tetapi angka tersebut akan berubah setiap kali picu ditarik tanpa memutar semula revolver. Pemain kedua mempunyai kebarangkalian 1/5 (20%) untuk dibunuh, manakala pemain ketiga pula mempunyai kebarangkalian 1/4 (25%). Sebaik sahaja tiba giliran pemain keenam, kebarangkalian untuk ditembak mati adalah 100% dengan anggapan peluru tersebut adalah peluru hidup.

Dalam kes sebelumnya di mana pemain memutarkan semula kelongsong peluru, permainan boleh berterusan tanpa had dan kaki judi boleh bertaruh mengenai pemain mana yang terus bertahan serta berapa banyak pusingan permainan tersebut berlangsung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]