Romano Prodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Onorevole

Romano Prodi
Prodi27032007.jpg

Perdana Menteri Itali ke-75 dan ke-79
Penyandang
Tempoh jawatan 
17 Mei 2006
Presiden Giorgio Napolitano
Timbalan Massimo D'Alema
Francesco Rutelli
Didahului oleh Silvio Berlusconi
Diganti oleh Penjawat kini
Tempoh jawatan
17 Mei 1996 – 21 Oktober 1998
Presiden Oscar Luigi Scalfaro
Timbalan Walter Veltroni
Didahului oleh Lamberto Dini
Diganti oleh Massimo D'Alema

Tempoh jawatan
16 September 1999 – 30 Oktober 2004
Didahului oleh Manuel Marin
Diganti oleh José Manuel Barroso

Ahli Dewan Rakyat Itali
Penyandang
Tempoh jawatan 
21 April 2006
Kawasan pilihan raya XI - Emilia Romagna

Lahir 9 Ogos 1939
Itali Scandiano, Itali
Bangsa Itali Itali
Parti politik L'Ulivo
Pasangan Flavia Franzoni
Anak Giorgio Prodi
Antonio Prodi
Kediaman Itali Palazzo Chigi, Rome
Alma mater Università Cattolica del Sacro Cuore
Profesion Ahli ekonomi
Profesor universiti
Religion Katolik

Romano Prodi merupakan Perdana Menteri (atau secara rasminya Presiden Majlis Menteri-menteri) Republik Itali kini. Blok part politik berhaluan tengah-kiri beliau, L'Unione memenangi pilihan raya 2006, menewaskan blok konservatif Casa delle Libertà.

Sebelum itu, Prodi pernah menjawat Perdana Menteri dari 1996 hingga 1998. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah dari 1999 hingga 2004 dan digantikan oleh Jose Manuel Barroso.

Kabinetnya telah mengalami krisis pada awal 2007, apabila tiga menteri enggan menyokong keterusan penglibatan Itali dalam perang di Afghanistan. Krisis kerajaannya menjadi semakin teruk selepas parlimen mengundi untuk memperbesar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Itali, Caserma Ederle. Keputusan ini ditentang oleh kebanyakan rakyat Itali.

Selepad Dewan senat memberikan undi tiada keyakinan terhadap dasar luar negeri Prodi, Prodi telah meletak jawatan pada 21 Februari. Selepas rundingan dengan semua parti politik, Presiden Giorgio Napolitano telah mengarahkan Prodi untuk menubuhkan kerajaan baru. Pada 28 Februari, Dewan Senat memberikan undi keyakinan terhadap Prodi. Undian itu diikuti oleh Dewan Rakyat pada 2 Mac.