Generasi yang dirampas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rompakan Generasi)

Generasi yang dirampas (bahasa Inggeris: Stolen Generations) merujuk kepada polisi pengambilan golongan anak-anak orang asli Australia dan Kepulauan Selat Torres daripada keluarga mereka secara paksa oleh kerajaan Australia, pelbagai agensi kebajikan negeri dan mubaligh-mubaligh gereja melalui pelbagai akta Parlimen Australia. Akta Parlimen 1969 ini telah menafikan hak-hak ibu bapa kanak-kanak orang asli antara 1869 dan (secara rasminya) 1969.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pelaksanaan ini didorong oleh penyusutan kependudukan bangsa-bangsa Aborigin setelah ditembungkan dengan para banduan kulit putih yang menempati benua Australia yang memerangi mereka;[1] hal ini mendorong para penjajah kaum kulit putih berpendapat bahawa orang-orang peribumi ini tidak mampu menampung diri sehingga boleh pupus; lagi-lagi dikukuhkan dalam dokumen-dokumen terbitan kurun-kurun ke-19 dan 20. Selewat-lewat tahun 1930 pun masih zahirnya kepercayaan bahawa anak-anak berdarah kacukan kaum putih dan Aborigin boleh dilatih bekerja dan membiasakan diri dalam masyarakat kulit putih sehingga diasimilasikan melalui perkahwinan.[2][3][4]

Penilaian semula[sunting | sunting sumber]

Orang ramai menonton siaran permohonan maaf Kevin Rudd terhadap polisi-polisi dilaksanakan Kerajaan-Kerajaan sebelumnya.

Parlimen Australia telah mengakui yang ini merupakan penganiayaan hak asasi manusia dan pada 13 Februari 2008, kerajaan persekutuan Australia pimpinan Perdana Menteri Kevin Rudd memohon maaf secara rasmi daripada penduduk orang asli Australia[5]. Hal ini telah lama disedari telah melangggar hak asasi manusia tetapi Perdana Menteri Australia sebelum ini, John Howard enggan memohon maaf. Populariti Rudd melonjak akibat peristiwa ini[6].

Amatlah menyedihkan kanak-kanak orang asli ini diambil dengan alasan kononnya akan mendapat layanan baik di kem-kem tahanan, rumah anak yatim dan rumah kebajikan supaya menjadikan mereka lebih bijak dan diajar dengan pelbagai pemodenan pendidikan dan kerjaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aboriginal and Torres Strait Islander population". www.abs.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Australian Bureau of Statistics. 25 Januari 2002. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  2. ^ Neville, AO (1930). West Australian, 18 April.
  3. ^ Western Australia State Archives, 993/423/38, "Absorption of Half Castes into the White Population".
  4. ^ Russell McGregor, Imagined Destinies. Aboriginal Australians and the Doomed Race Theory, 1900–1972, Melbourne: MUP, 1997.
  5. ^ PM Australia Resmi Minta Maaf, Kompas.com
  6. ^ Populariti Rudd melonjak, Utusan Online