Ron-Robert Zieler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ron-Robert Zieler
Maklumat peribadi
Nama penuh Ron-Robert Zieler[1]
Tarikh lahir (1989-02-12) 12 Februari 1989 (umur 35)
Tempat lahir Cologne, Jerman Barat
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2][3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 16
Kerjaya remaja
1994–1999 SCB Viktoria Köln
1999–2005 1. FC Köln
2005–2008 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2010 Manchester United 0 (0)
2008–2009Northampton Town (pinjaman) 2 (0)
2010–2011 Hannover 96 II 15 (0)
2010–2016 Hannover 96 185 (0)
2016–2017 Leicester City 9 (0)
2017– VfB Stuttgart 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Jerman B16 5 (0)
2005–2006 Jerman B17 11 (0)
2007 Jerman B18 1 (0)
2008 Jerman B19 10 (0)
2009 Jerman B20 5 (0)
2011– Jerman 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 November 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Ogos 2015 (UTC)

Ron-Robert Zieler (lahir 12 Februari 1989) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk Leicester City dan pasukan kebangsaan Jerman di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Zieler telah dilahirkan di Cologne, Jerman. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya bersama kelab SCB Viktoria Köln sebelum sertai 1. FC Köln pada tahun 2001. Pada Julai 2005, beliau berpindah ke England untuk berlatih bersama kelab Manchester United.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada musim pertamanya bersama Manchester United, Zieler bermain sebanyak 22 kali untuk pasukan bawah-18 termasuk empat penampilan di Piala FA Remaja. Pada musim seterusnya, beliau berkongsi tugas dengan penjaga gol bawah-18 yang lain, Ben Amos tetapi beliau membuat debut pada 15 Mac 2007 ketika tewas 3-0 kepada Sheffield United. Disebabkan keputusan permulaan yang teruk, beliau mengekalkan rekod tanpa gol ketika menang 2-0 ke atas Oldham Athletic pada perlawanan Piala Senior Manchester.

Pada musim 2007-07, beliau menjadi ahli penuh pasukan junior dan beliau berkongsi dengan Tom Heaton untuk menjalankan tugas menjaga gawang pasukan. Pada musim tersebut, beliau hanya bermain 11 perlawanan. Pada Mei 2008, Zieler mendapat pingat kejuaraan pada Piala Senior Manchester selepas menjaga gawang gol Manchester dengan baik dan menang ke atas Bolton Wanderers. Beliau kemudian bermain pada perlawanan akhir Piala Senior Lancashire pada penghujung Julai 2008 selepas dibolosi dua gol oleh Liverpool dan menang 3-2.

Pada permulaan musim 2008-09, Zieler telah ke skuad esnior dan diberi jersi 38 buat pertama kali. Beliau mula mendapat sedikit sentuhan pada 23 September 2008 ketika Manchester United menang 3-1 ke atas Middlesbrough pada perlawanan liga.

Northampton Town[sunting | sunting sumber]

Pada 28 November 2008, Zieler dipinjam ke Northampton Town sehingga 31 Disember. Pinjaman ini dilanjutkan sehingga 31 Januari 2009 dan dilanjutkna sekali lagi pada 2 Februari sehingga 25 Februari. Zieler membuat debut untuk Northampon Town pada 21 Februari 2009 dan bermain sepenuh perlawanan ketika tewas 2-0 kepada Walsall. Beliua kemudian bermai tiga hari kemudian ketika seri 1-1 bertemu Brighton & Hove Albion sebelum kembali ke Manchester United pada 26 Februari selepas tempoh pinjamannya mencecah 93 hari.

Kembali ke United[sunting | sunting sumber]

Selepas kembali ke Manchester United, Zieler menjalankan tugasnya untuk skuad reserve dan hanya dibolos satu gol dalam empat perlawanan. Walau bagaimanapun, pada perlawanan menentang Newcastle United Reserves pada 30 Mac 2009, beliau mengalami keretakan siku selepas berlanggar dengan penyerang lawan di udara. Beliau kembali semula pada perlawanan pramusim 2009-10 tetapi kehilangan posisinya.

Hannover[sunting | sunting sumber]

Pada 22 April 2010, Zieler menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Jerman, Hannover 96. Kontrak bermula pada 1 Julai 2010 dan dilanjutkan setahun lagi. Beliau diberi jersi nombor 20. Aksi konsistennya untuk Hannover 96 II meletakkan beliau membuat debut Bundesliga pada 16 Januari 2011 menentang Eintracht Frankfurt dan beliau menjaga gawang gol Hannover denga baik, pasukannya menang 3-0. Sejak beliau debut, beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol sehingga penghabisan musim dan meletakkan Florian Fromlowitz di bangku simpanan.

Pada 24 Jun 2011, Zieler melanjutkan kontarknya sehingga Jun 2015. Beliau kemudian menyarung jersi nombor 1 selepas Fromlowitz berpindah ke MSV Duisburg.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Zieler bermain untuk Jerman menentang Austria pada 2012.

Pada 2008, Zieler bermain untuk pasukan bawah-19 Jerman yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA 2008 dan bermain untuk pasukan bawah-20 di Piala Dunia B-20 FIFA 2009.

Beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman pada Ogos 2011 untuk membuat kemunculan pertama. Pada 11 November 2011, Zieler pada usia 22 tahun membuat debut untuk skuad senior ketika seri 3-3 bertemu Ukraine dan merupakan pembuat debut ke-50 pada era Joachim Löw. Beliau dibolosi tiga gol pada 17 minit pada separuh masa pertama dan tidak ditembusi untuk membuatkan pasukannyab angkit. Beliau menjadi penjaga gol pertama sejak 1954 yang dibolos 3 gol (atau lebih) pada perlawanan debut untuk Jerman.

Pada 28 Mei 2012, Zieler menjadi penjaga gol ketiga untuk skuad Jerman di UEFA Euro 2012. Pasukannya berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir. Pada 15 Ogos 2012, beliau dibuang padang ketika menentang Argentina pada perlawanan persahabatan dan membuatkan beliau sebagai penjaga gol pertama yang dikenakan kad merah sejak penubuhan pasukan kebangsaan Jerman. Beliau dibuang padang selepas separuh masa dan membuat faul ke atas José Sosa dan digantikan oleh Marc-André ter Stegen yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti oleh Lionel Messi.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mac 2015
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2011 1 0
2012 1 0
2014 2 0
2015 1 0
Jumlah 5 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, penyunting (2009). Sky Sports Football Yearbook 2009–2010. Headline. m/s. 502. ISBN 978-0-7553-1948-0.
  3. ^ Hugman, Barry J. (2009). The PFA Footballers Who's Who 2009–10. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 452. ISBN 978-1-84596-474-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]