Rosiah Chik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rosiah Chik
Rosiah Chik bersama A. Karim
Kelahiran
Rosiah Abdul Manaf

1931 (1931)
Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Meninggal dunia20 Januari 2006 (berumur 74–75)
Hospital Kuala Lumpur
Sebab kematianSerangan sakit jantung
PekerjaanPenyanyi, Pelakon

Rosiah Abdul Manaf artau lebih dikenali sebagai Rosiah Chik atau Mak We merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu tradisional yang pernah popular dengan lagu berirama ghazal pada era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.,[1]

Rosiah Chik dilahirkan di Kuala Sedili Kota Tinggi Johor pada 1931. Pada usia seawal 14 tahun dia mula menyanyi di khemah-khemah perkahwinan.

Album piring hitam Rosiah Chik dengan iringan muzik kumpulan The Family's.

Bagaimanapu beliau mulai serious dalam bidang seni selepas bercerai dengan suaminya menyebabkan beliau ke Singapura lalu menyertai Cathay Keris sebagai penyanyi latar. Sepanjang pembabitannya, dia hanya menghasilkan dua buah album solo kerana banyak memberikan komitmen menghasilkan album bersama penyanyi lain. Dia pernah menulis lirik lagunya sendiri iaitu Embun Di Rumput.

Rosiah Chik pernah memenangi Anugerah Sri Wirama di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001. Rosiah mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan.

Pada akhir hayat beliau, kesihatannya terganggu akibat jangkitan kuman pada paru-parunya. Rosiah Chik meninggal dunia pada 20 Januari 2006 (Jumaat) pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit jantung. Arwah meninggal ketika usianya 75 tahun.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Ala Canggung
  • Dondang Sayang
  • Keluhan Lela Manja
  • Dang Anum
  • Lela Majnun
  • Embun Di Rumput
  • Zapin Senandung Dua
  • Tun Fatimah
  • Mak Dayu
  • Nyanyian Tanjong Sepi (duet bersama Yang Hormat Dato' Khatijah Ibrahim
  • Inang Anak Dagang (duet bersama Tan Sri S. M. Salim)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Matusky, Patricia Ann (2004). The music of Malaysia: the classical, folk, and syncretic traditions. Ashgate Publishing. m/s. 407. ISBN 978-0-7546-0831-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.