Rosnani Jamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rosnani Jamil

Kelahiran
Rosnani Ludin

(1936-01-20) 20 Januari 1936 (umur 88)
Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Nama lainRosnani Jamil, Mak Nani
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1952–2017
PasanganDatuk Jamil Sulong (k. 1953; m. 2014)
Anak-anak4 (termasuk Anwardi Jamil)

Dato' Hajah Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1936 di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus.

Pelakon muda, Nur Fazura merupakan salah seorang anak didiknya.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah Tan Sri L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul buat kali pertamanya dalam filem Lupa Daratan bersama Omar Rojik pada 1952.

Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay-Keris Film Productions. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.

Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.

Selepas enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Mak Nani mengumumkan bersara selepas filem terakhir garapannya, Mawar Putih ditayangkan di pawagam pada 18 Ogos 2016.[2] Rosnani yang juga penerbit dan pengarah terkenal berkata, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melawat negara orang selepas meninggalkan dunia seni, "Pada usia ini, anak-anak meminta saya berjanji itu saja". Mak Nani berkata, Mawar Putih bukan sekadar naskhah penghargaan untuk arwah suami (Datuk Jamil Sulong) yang meninggal dunia pada 2014, malah ia menjadi tanda perpisahan dengan dunia seni.[3][4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mak Nani membina rumah tangga dengan Jamil Sulong pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1952 Lupa Daratan Filem lakonan pertama
Sedarah Asiah
Miskin Jamilah
1953 Ayer Mata Hasnah
Chemburu Rosnah
Ibu Hamidah
1954 Pawang
Gelora Hidup Azian
1955 Kasih Menumpang
1956 Ribut
Anak-ku Sazali Rubiah
1958 Masyarakat Pinchang Maimun
1959 Samseng
Raja Laksamana Bentan Tengku Wan Indah
1960 Lela Manja Mawar
1961 Sri Mersing Sri Mersing
Hang Jebat Raden Mas Ayu
1962 Lubalang Daik Isteri Kedua Tok Demang
1963 Nasib Si Labu Labi Juri Pertandingan Ratu 3 Penampilan khas
Kasih Tanpa Sayang Maimon
1966 Kacha Permata Laili
Anak Buloh Betong Ratu Ratnasari
1968 Play Boy Latifah
Lain Jalan Ka-Shorga Salmah
1984 Jasmin Mak Munah
1986 Suara Kekasih Ibu Ayu
1987 Mawar Merah Filem arahan pertama
1988 Antara Dua Hati Datin Sharifah Sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit
1989 Tuah Sebagai penerbit
Sumpahan Mahsuri Mak Andak
1991 Memory Sebagai pengarah dan penulis skrip
1993 Azizah The Legend Mak Ngah
1994 Amelia Sebagai pengarah dan penulis skrip
1995 Amok Aishah
Cinta Rosevilla
1998 Raja Melewar Lijah
2001 Cheritera
2004 Bicara Hati Sebagai pengarah dan penerbit
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Mak Long Penampilan khas
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Mak Ngah
2016 Mawar Putih Filem arahan terakhir
2017 Kerja Kahwin Mak Tok Filem lakonan terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1976 Bapa Borek TV1
2001 Kiranya Ku Tahu TV3
2005 Villa Cinta Daddy
2009 Suraya Tengku Kartini
Dua Marhalah Kesuma Astro Oasis Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Violin Hatiku TV Okey Penampilan khas

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1984 menerusi filem Jasmin.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Ogos 2016). ROSNANI JAMIL IMPIKAN FAZURA DALAM FILEM TERAKHIRNYA Media Hiburan. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (10 Ogos 2016). Mawar Putih, naskhah terakhir Rosnani Jamil Kosmo!. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  3. ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2016). Mak Nani ucap selamat tinggal kepada dunia seni Berita Harian. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  4. ^ Amirul Afiq (5 Ogos 2016). "Saya Nekad" - Datuk Rosnani Jamil Rojak Daily. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  5. ^ Penghargaan untuk anak seni

Pautan luar[sunting | sunting sumber]