Rotan demuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rotan demuk
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Calospatha

Spesies:
C. scortechinii
Nama binomial
Calospatha scortechinii

Rotan demuk[2] (nama saintifik "Calospatha scortechinii") ialah sejenis pokok Rotan. Ia satu-satunya spesies dalam genus Calospatha, dan dapat dijumpai di Semenanjung Malaysia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Rotan Demuk banyak terdapat di negeri Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Buah rotan Debuk yang masak dimakan oleh orang asli.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beccari, Annals of the Royal Botanical Garden, Calcutta 12(1):232. 1911. Type: C. schortechinii
  2. ^ Forest Economist, Forestry Department, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]