Rotan sega badak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rotan sega badak
Pengelasan saintifik


Rotan sega badak (nama saintifik "Calamus speciosissimus Furtado") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia juga dikenali dengan nama rotan semut.

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]