Rotan udang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rotan udang
Pengelasan saintifik


Rotan udang - (nama saintifik "Korthalsia echinometra Becc.") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia juga dikenali dengan nama Rotan dahan/semut (Indonesia, Malaysia). Nama sinonim saintifiknya juga adalah Calamus ochreatus Miq.Daemonorops ochreata Teijsm. & Binn. Korthalsia angustifolia var. gracilis Miq. dan Korthalsia horrida Becc.[1]

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma memanjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering mencecah beberapa ratus kaki).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]